Saturday, October 25, 2014

the endless-endeavor

was written on Friday : October 17th , 2014


" buat engkau yang sudi mempertaruhkan sebuah buku sebagai amal jariah. 
dan buat aku, moga mempertahankan ilmu buat bekalan fardhu kifayah."



Tak pernah terbayang mata, akan ada insan yang akan hadiahkan buku yang sarat ilmu ceni. Dan tak pernah terlintas dalam kepala untuk beli buku rujukan sendiri, bekalan  kerja nanti. Sebab dalam kepala banyak sangat roller coaster duk pusing sibuk fikir nak bukak kedai kek, nak bukak taska lah sampai lupa yang aku bakal memikul amanah dengan penduduk bumi nanti.

endearment:
- dedikasi buat dia, yang sudi menghadiahkan ini . 

Aku tahu, kita punya jarak. Jarak yang tak akan terpadam. Tapi, tali yang mengikat ini aku mahu ia terus utuh, sebagai seorang sahabat kepada sahabatnya . Payah benar mahu mendefinisikan, namun hakikatnya begitulah hidup. Mana betah apa yang kita mahu terus tertunai. Akhir tinta, aku titipkan doa moga engkau dan keluarga bahagia dunia dan akhirat. Moga langkahan engkau berteman redha dan rahmat Tuhan. Satu waktu, andai ditakdir Tuhan bertemu lagi, moga aku masih mengenali sosok engkau, sebagai seorang yang mematangkan aku. 

Terima kasih.
Kerana memberi nafas baru. Pada semangat aku yang makin kusam.

Terima kasih ,
kerana meletakkan aku sebagai seorang sahabat ,
sedang aku ini cuma layaknya menjadi habuk jika dibandingkan dengan ilmu aku dan kamu .

Terima kasih,
 kerana menitip kata-kata dan doa walhal tidaklah aku ini sesiapa untuk didoakan saban waktu.


Dan, terima kasih kerana menawarkan diri menjadi pembaca yang setia walau tiada apa yang membahagiakan di daerah sini.

dan engkau,
walau tidak terdaya di alam realiti,
tapi cukuplah sekadar di sini,
aku cuma mahu engkau tahu betapa aku menghargai. 
menghargai engkau,
atas kehadiran engkau.
juga keihlasan engkau.

semoga, suatu masa . Aku juga menjadi seseorang yang akan menghidupkan hati insan lain. Seperti engkau yang menggerakkan saraf dan neuron aku, untuk mencintai dan menghargai sekadar apa yang kita punya.





No comments:

Post a Comment