Wednesday, October 15, 2014

yang istimewa


I

Pagi yang bersemangat! Setelah 5 hari tidur aku terganggu dengan cerita pocong di padang HBUK akhirnya semalam aku berjaya tidur tanpa tersentak tengah tengah malam pergi tumpang katil budak sebelah. Tahniah buat diri sendiri.  Another new days begin, wake up in Allah’s hand, Alhamdulillah wathummalhamdulillah.  

Lupakan cerita pocong, banyak lagi benda lain nak fikir. Fuhh! Hembus semangat!

II

Nasi lemak makcik tepi pagar belakang hospital yang sedap dan murah. Kentang dia sedap! Makan lagi rasa nak lagi nak lagi. Beli nasi separuh pun dah tak cukup chamber perut nak isi. Nampak tak betapa banyaknya nasi makcik tu. Masa tengah beli, makcik tu Tanya pasal MA. Banyak dia Tanya, aku pun pelik jugak sekejap, sebab banyak sangat soalan ,ingatkan makcik tu nak apply MA, last last tu bila Tanya rupanya anak perempuan dia yang nak mintak MA. Belum habis makcik tu cakap aku dah potong
“makcik! Kalau result spm anak makcik okay, straight A yang ada peluang untuk benda lain, takyahlah pilih MA makcik. “

Makcik tu tergelak. Sebab ,makcik tu cakap anak dia nak apply ja dulu, dapat ke tak wallahua’lam. Kawan aku pulak menambah cakap kalau perempuan jadi MA, nanti layanan dia sama macam MA lelaki. Sedap kitorang menambah perisa. Padahal kitorang pun bakal MA,inshaAllah kalau ada rezeki.

Habis perbualan,kitorang pun santai santai berlenggang kangkung ke café acc menghabiskan sisa waktu rehat dengan menghayati nasi lemak yang marvelous .

III

Terserempak postingmate setahun setengah kerja sekali, potingmate yang paling kuat membuli  -.-  terserempak masa kat lab tunggu result darah. Dia cerita pasal ex girlfriend dia, budak nurse. Kelakar betul. Dia kena dumped, tapi bagi aku ,dia memang deserved orang yang lagi baik. dia cerita, budak perempuan tu masa kawan dengan dia pun rupa-rupanya tengah main kayu tiga dengan seorang HO. Aku tergelak ja dengar luahan dia. Dia cakap lagi memang dia menyesal , nasib baik lah dia tahu awal, kalau tak memang dia taktau lah apa jadi dengan perempuan tu. kira dia cakap dia nak revenge la ni.

dia dah siap jumpa mak ayah perempuan tu. Aku boleh bayang tahap kekecewaan dia. Tapi kira okay la tu, sebab masa dia cerita tu  dia boleh gelak gelak lagi. Lepas dah sudah cerita tu, tetiba  dia cakap

“eh, awat aku pi ceghita kat ampha .Eh,ang jangan ceghita kat oghang noh, aku percaya kat ang ni syira” dengan loghat kedah pure dia, tergelak aku.

Dah tigapoloh minit dia duk cerita kat aku , tiba tiba baru dia tersedar.  hempuk kepala dengan saunders encyclopedia baru tahu.  

Teringat kat-kata hlovate dalam buku anthem.
Bila Dash watak utama dalam novel tu bertanya pada Trisy tentang persoalan couple.

“wrong is wrong even if everyone is doing it. And right is right even if you are the only one who doing it.”

Dan, dosa itu adalah apa yang bergetar off-tune dalam hati.

Aku nak cakap kat dia masa dia cerita kat aku yang dia kena dumped dengan girlfriend dia, tapi ayat tu macam tercekik  ja nak keluar. Aku tak kuat nak nasihat orang depan depan, nak nak lagi kalau orang yang aku tak rapat. Dan aku not in my best when it comes to talk. Terabur  kacau bilau ayat aku nanti.
Cuma doa aku mampu titip. Moga one day, dia jumpa seseorang, yang terbaik. The sour of his plum. The best woman to indicate the best in him. inshaAllah,amin.

IV

Makcik ni kurus. Sangat. Kesian, makan pun tak larat. Pakcik kat sebelah peramah orangnya, dan mereka sangatlah sweet sebagai suami isteri yang meniti hujung usia. Pakcik hadiahkan aku satu buku, motivation book. Sebenarnya pakcik tengah baca, lepastu dia letak kat katil patient, aku pun tengok-tengok lah. Lepastu pakcik tegur “suka baca buku?” aku jawab “suka! “ pakcik pun balas, “buku tu best” aku jawab lagi “buku ni ke?”sambil tunjuk buku pakcik yg aku pegang. Pakcik angguk. Aku jawab “saya baru baca muka surat depan, macam best” pakcik senyum. “nah, ambiklah. Pakcik hadiahkan, pkcik dah habis baca”.

Terujanya dapat buku ,haha. Bertambah koleksi buku.  Alhamdulillah, terima kasih pakcik .

Di hujung wad, aku tengok ada seorang makcik termenung jauh. Tudung kusam yang dia sarung di kepala, dan baju kurung bercorak yang dipakai , tahulah aku yang makcik tu dah nak discharge. Aku pun pergi menyapa. Aku Tanya, makcik dah sihat? Dia senyum. Dia jawab “kalau makcik tak sihat pun, makcik akan mintak balik . “ aku Tanya, kenapa,makcik jawab ‘’ mana makcik mampu nak bayar kos hospital. Duduk 3hari ni pun makcik taktahu macam mana”

Aku diam. Makcik alih pandang ke luar. Makcik ni hidup sebatang kara. Aku baca dalam BHT makcik (buku rekod pesakit) , makcik takde suami, takde anak-anak ,duduk seorang diri, usia 66 tahun. Makcik datang ke emergency sebab sakit jantung. Dia mula rasa sakit jantung pada petang semalam, lepastu dia dah makan GTN (glyceryl trinitrate), tapi malam tu sakit makin menjadi-jadi. Makcik cerita kat aku, dia tahan sakit tu sampai tak boleh tidur. Nak pergi hospital waktu dah malam, bas dah takde. Nak mintak tolong, takde sesiapa yang ada. Nak susahkan jiran, dia tak sanggup. Dia tahan sakit sampaila subuh, dia bangkit semayang . usai semua dia pack semua barang-barang dia dalam 2 beg yang dah pun lusuh warnanya. Pagi tu, dia berjalan ke bus stop terdekat tunggu bas untuk ke hospital, makcik cakap ,sakit tu hanya Allah yang tahu. Aku terdiam. Mata dah rasa panas. Kuatnya makcik.

Kamu umur berapa?
21 makcik.
Kampung kat mana?
Terengganu makcik.
Oh, jauh kamu duduk ye.
Aku senyum angguk angguk.
Ada mak ayah lagi?
Ada makcik.

“Alhamdulillah, tu lah kekayaan sebenar kat atas dunia ni. Mak ayah ni harta, takde mereka hilang seronok hidup ni, kalau ada mereka tua terlantar pun kita bahagia. Makcik ni, usia belum pun 12, hilang kasih sayang mak. Tak lama, ayah pulak pergi. Hidup berempat dengan abang adik. Usia makcik, banyak habis jaga adik beradik. Mula-mula tanggung abang, abang pergi makcik tanggung adik. Adik –adik pun Tuhan dah ambik dulu, tinggal makcik seorang tunggu Tuhan datang panggil makcik balik. Orang raya, makcik tak rasa nikmat raya. Allah dah tarik. Orang berkumpul adik beradik makcik sorang diri hidup, tunggu saat malaikat datang. Tak seronok hidup makcik, tapi makcik syukur, sebab Allah bagi makcik macam ni makcik jadi kuat.”
Aku diam, sebak. Air mata dah jatuh. Aku paling dari makcik, taknak makcik sedar aku menangis.

“kamu nanti dressar ye. Kamu  kerja la betul-betul. Biarlah kita tak suka pun, bila Allah dah bagi tu, pegang lah betul-betul. Benda Allah bagi ni bukan saje-saje. Kamu kena pegang dia. Jangan sia-siakan”
Aku diam. Tangis yang aku sorok dah makin menjadi-jadi. Kenapa apa yang makcik ni cakap semua macam hempap kepala aku.

Tiba-tiba aku rasa tangan aku disentuh. Makcik tu senyum,
“minta maaf lah kalau makcik cakap ni salah, “
“eh tak! Bukan makcik, saya ni memang cepat tersentuh sikit ”aku senyum. Aku tengok mata makcik bergenang, dia berpaling ke kiri, dengan hujung baju kurung dia lap air mata yang membasah pipi. Aku terkedu.

Aku mintak diri, aku hulur salam kat makcik, pipi dia aku cium.

Lama aku diam bertafakkur. Semua yang makcik tu cakap, semua betul. Aku yang silap. Persepsi aku yang salah, aku tahu. Tapi kenapa aku payah nak terima. . Allahuakbar. .

Aku tulis sepucuk surat. Aku berlari kejar makcik tu , masa tu dah kat tingkat 5. Aku salam makcik tu, aku cakap. “makcik,terima kasih. “ makcik tu gosok kepala aku. And at that time, baru aku tahu yang selama ni kerja MA ni kerja yang sangat bahagia kalau difahami  erti " kerana Allah" dengan mata hati .

Sometimes it takes only a minute to understand that you have done it wrong, but it goes for months for you to admit it.

IV

Balik kolej, masih lagi dengan krisis air yang tak berkesudahan. Aku dapat satu message dari adik usrah. Dia minta tangguh usrah yang sepatutnya malam ni . .terkilan sebenarnya bila adik-adik mula payah nak bagi komitmen. Sekarang baru aku faham perasaan kak aishah, kak fifah, kak alya, kak syira, kak bie, kak khalilah dan kakak kakak lain dulu yang selalu kena datang jemput aku untuk usrah. Degil aku dulu dah berjangkit. “kita akan diuji dengan kata-kata kita sendiri” , dan sekarang memang teruji. Alhamdulillah. Wathummalhamdulillah. Aku bahagia Allah uji, sekurang nya aku tahu, Allah ada lagi untuk aku.

The past matters. Only sebagai reference point untuk kita tengok sejauh mana kita dah berubah. The past is nothing but a force to drive you forward. Do not let your past dictates you (:


Coretan 14 oktober 2014,
f-1-107/kskb SAS/1835

now playing : dare you to move,switchfoot. 

1 comment: