Thursday, November 13, 2014

proses per- sahab- atan



dulu, orang yang kita pernah rapat lagak bestfriend forever ke mana dia pergi ada kita. Hari ini, kawan yang pernah kita pertaruhkan separuh nyawa kita untuk dia dah pun menjadi coretan kenangan. Taknak kata apa, sebab hakikatnya memang begitu.

" kadang-kadang orang kita rapat bergelak tawa sekali makan satu meja tidur satu bantal bukanlah orang yang kita paling rapat sebenarnya. "

"apa keling ayat macam tu ."

"dan orang yang kita tak rapat, kadang dia orang yang paling kita rapat"

"falsafah saaaangat tu"

". . dan, kadang orang yang kita sayang dan orang yang sayang kita hari ini mungkin juga akan berubah esok hari"

"kenapa?"

"tak kenapa, falsafah hidup memang begitu"

"Lol"

***

suatu waktu dulu,

ada hati yang aku mesti jaga, mesti aku lambung lambung, kadang pula hati sendiri terkesot sampai bawah katil. Tapi, aku tak ambil pusing, sebab aku mahu usahakan agar benar kasih sayang tu kerana Tuhan. Penat jugak sebenarnya, pernah la rasa nak give up, nak forever alone. Gitu. Tapi, mengenangkan ada tugas yang mesti dilakukan, sakit mana pun aku tahan juga.

Pernah aku mengadu pada dia yang aku namakan wawa . Pada dia aku melepaskan keluhan aku pada rasa bersahabat yang bagai langsung tak dihargai. Aku luahkan air mata yang menyesak dada. Pada dia juga aku ceritakan tentang kondisi hati aku yang makin rapuh dalam jalan juang. Aku rasa, aku tak punya teman untuk seiring berjalan atas batu kerikil. Setiap kali ada, setiap kali itulah Allah jarakkan aku.

dalam diam, wawa menggapai tangan aku. Katanya, hidup memang begini. Dia juga begitu, adakala dia rasa kawan itu cuma ada bila time nak outing pergi shopping, bila nak berprogram yang fun-fun. Usrah terabai, sebab yang menggerakkan cuma sedikit. Yang lain, tak memberi tenaga hanya tahu melabelkan diri .

tidaklah. tidaklah aku rasa aku ini hebat dalam lapangan dakwah, tapi satu rasa yang sering membuat aku down bila berada dalam jalan ini adalah bila mana sahabat kita yang dah kita pertaruhkan nyawa kita atas diri dia tiba-tiba berpatah arang kerana dunia shawl dan android lebih mengujakan dia.

tidaklah bermaksud aku tidak begitu, aku juga sama. Kerana merasa lemahnya aku, maka kerana itulah aku mencari-cari dan akhirnya hati aku terpaut pada satu dahan yang dah bertahun aku tinggalkan. Alhamdulillah, walaupun aku bukan tergolong dalam kalangan "sayang" mereka itu, aku kini boleh stand atas kaki aku sendiri, kerana akhirnya aku sedar, untuk hijrah kita perlu korbankan sesuatu. Korbankan dia yang paling berharga buat aku suatu ketika dulu, dia yang sering aku bahagia dengan cuma ada dia, dia yang membuat aku seronok bersahur setiap pagi walaupun cuma biskut mayat dan milo kosong.

sekarang aku faham, erti sahabat bukan pada kita yang melabelkan sahabat, tapi pada sejauh mana dia membawa kita mendekat dengan Tuhan.

aku harap, hadir aku pada dia suatu waktu dulu, pernah mendekatkan dia dengan Tuhan. Sepertimana dia membawa aku pada Tuhan. Dan, meski hari ini tidak lagi kita yang dahulunya seiring sejalan , aku kirimkan doa moga engkau bertemu dengan insan yang lebih baik dan lebih layak buat engkau, berbanding aku yang serba kurang.

"bila aku tengok gambar lama, baru aku faham erti kawan sementara"

aku tak salahkan sarawak, tak salahkan pantai puteri. Tapi di situlah tempat yang meninggalkan coretan pilu untuk aku. Kalau boleh mahu aku putarkan waktu dan padamkan segala cerita air mata yang ada di situ.

aku juga tak salahkan waktu yang hilang. Juga waktu yang aku sia-siakan untuk menghargai orang di sekeliling aku. Tapi, bohonglah kalau aku kata aku tidak menyesal. 

andai saja boleh aku ulang, dan putar waktu. (':

ukhuwwah dan kasih sayang itu kita tak boleh paksa orang untuk terimanya. Ia adalah satu hasil yang terjadi kerana tindak tanduk kita sama ada ikhlas dari hati atau cuma sekadar atas kertas bisu, dan kita sendiri juga turut terkena penangan ukhuwah dan kasih sayang tu sehingga buatkan kita mahu lebih dekat dan lebih sayang pada entah siapa-siapa itu.

saat perkenalan kita bermula,

kita ibarat telah berjanji untuk sama jatuh sama cedera sama bangun sama melompat. Kena bersedia menghadapi setiap mehnah dan tribulasi yang bakal muncul. Hidup ini formula dia senang, di mana ada jalan disitu ada kejayaan, timbangannya pun mudah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Di mana ada manis, pasti bersamanya ada juga pahit. Maka, kita kena berusaha pasakkan minda bawah sedar kita untuk bersedia menangguk segala kelemahan sahabat kita, dan walau apa apa pun yang terjadi , kita tidak akan mudah melepaskan diri kita dari dia. Sahabat kita juga mesti berfikiran yang sama .

dan , ukhuwwah itu bukan milik orang tertentu, ia milik semua orang hatta seteruk mana pun darjat dia. Kerana, mungkin ukhuwah yang kita julang pada hari ini adalah tanda sayang yang tak berbelah bahagi lalu menjadi tiket yang tak terbayang untuk ke syurga.

konklusi yang dapat aku fahami,

bahawa sikap aku yang mudah menjauhkan diri bila diri aku ternyata tidak dihargai adalah satu tindakan yang salah. Biarlah mereka tak include kan aku dalam group geng watsep mereka, biarlah mereka tak pernah ajak aku melepak menonton minion atau apa sahaja, tidak beerti aku mesti melepaskan mereka. Cinta itu tak bersyarat, walau apa pun yang mereka lakukan, aku berhak sayang mereka seikhlas hati aku. Tak perlu aku pendam seperti orang yang hilang anak, aku mesti hidup untuk mereka agar mereka tahu satu masa nanti bahawa aku sebenarnya ada untuk memapah mereka kalau mereka jatuh.

konklusi ini adalah teori semata, dan ianya memerlukan aplikasi agar objektif dan matlamat ukhuwwah itu sendiri tercapai.

jangan sayang mengikut musim.

bila senang mendekat, bila susah saling menjatuhkan. Jangan.

cukuplah, sebenarnya hidup kita ini saling menyakitkan hati orang yang terdekat . Kita terlalu sibuk mencari punca sehingga menuding jari ke situ ke sini. Sampai kita lupa bahawa yang silap itu kita yang salah itu juga kita.

entri ini, aku tulis.

kerana aku tahu dalam bersahabat, ada yang terguris dan termakan hati. Ada yang bergusti di laman sosial hingga lupa Tuhan sentiasa menyaksikan.

aku juga tahu, ada yang suka permainkan persahabatan. Bahkan, ada yang berjanji, tapi memungkiri.


    
throwback: ehee 1214 (:
throwback: KMPh (:
throwback:  SHAMS 0610 (:

rindu zaman kanak-kanak T.T

Monday, November 10, 2014

and, i'm leaving the memories .

" every tear bring us closer to a smile, so cry until you smile. Because that's how we get through the hard times"

bila pengawas cakap, "waktu peperiksaan sudah tamat, berhenti menjawab", aku rasa macam  seram sejuk. haha, entah taktau kenapa, mungkin faktor dewan yang air-cond mengalahkan kutub utara. Tapi, yang pasti aku dapat rasa satu beban yang selama ni aku galas aku dah berjaya tinggalkan. Tangga yang selama ni aku duduk bertatih aku dah berjaya daki. Gunung yang selama ni selalu menghalang pandangan aku dah pun berjaya aku tawan. 

eh, over. -.-

tapi yang pasti, rasa lega tu mashaAllah tak tahu nak explain (':

dengar pulak yatt dengan salam duduk menjerit , walaupun macam tak sopan gelagat diorang tapi aku kat meja paling depan ni tergelak jugak. Sebab lucu. Dalam dewan tadi, ada budak-budak junior MA sem satu yang tengah exam jugak, jadi bila senior (ehem) dah habis exam ni, sah sah la bertepuk tangan. Boleh pulak si yatt ni jerit cakap " kitorang dah jadi abang wei, korang ada dua tahun setengah lagi" . Tapi, aku pun happy sebenarnya, rasa nak menjerit. Kat luar dewan semua pakat ambik gambar kenangan sambil baling nametag la, baling kertas soalan exam la, haha macam macam. And aku pun buat sekali. Haha.


bila cikgu shamsul dan cikgu fitri memberi kata-kata terakhir aku rasa sebak pulak. Because it feels not so good to leave some old-good memories yang aku dah conteng tiga tahun kat sini. Tiga tahun yang menyaksikan jatuh bangun aku, tiga tahun yang menyaksikan tawa dan air mata aku. Tapi still life must go on. Takkan selamanya nak berpaut pada kenangan kan, yang indah tu biar jadi memori. Alhamdulillah, Allah masih tak lekang anugerahkan aku nikmat yang tak terhitung. 

teringat, 3 tahun lepas pun aku menyaksikan benda yang sama aku lalui hari ini. Happy, subhanallah ! padahal grad tahun depan, result pun tak dapat lagi. Tapi semua orang dah gaya flying without wing,sambil minum susu dutchlady atas awan. 

untuk kesekian kali, kitorang nak buat throwback. tapi tak dapat. Sebab ahli dah berkurang (: ada yang dah tak sehaluan dengan kami sejak dah bersuami , jadi kami yang masih tak bersuami tak mampu nak menghalang walaupun sayang pada dia masih menebal. Taat dia pada suami, bukan pada kami. 

part paling best, bila semua pakat bergambar. Serius, aku rasa macam mimpi. Sekarang pun rasa macam atas awan lagi. Sekejap nya tiga tahun. Dulu rasa lama sangat, tapi bila dah nak habis belajar rasa sekejap pulak. Adat la tu kan, masa mana pernah tunggu kita. Kita ja selalu terhegeh-hegeh. 

habis exam tadi, spent time dengan fa'iqah dan mazni. Baru aku sedar, tiga tahun duduk ipoh, banyak lagi tempat aku tak teroka -.- teringin nak pergi muzium sejarah pasir salak, menara condong, kelly's castle. eh, aku memang tak berjalan, kerja tahu jj-giant-mydin ja, sadis betul. Tak puas lagi jejak kaki kat sini, tapi kalau nak suruh aku datang balik, oh please jangan. Mintak jauh, taknakkkk lagiii -,-

untuk ipoh, yang menerima aku sebagai tetamu,
Aku terhutang banyak budi engkau, budi tanah berdebu engkau ini pada aku ada harganya. Terima kasih kerana menerima langkahan aku yang tidak kencang ini, walau tidaklah sehebat mana aku ini tapi tetap terima kasih buat engkau dan setiap penghuni yang mendiami inci engkau yang pernah hadir dalam hidup aku . Walau engkau cuma tempat singgahan aku sementara aku mencari nilaian hidup, tetap engkau istimewa. 

buat bumi tanjung rambutan,
walau aku sering diperlekehkan kerana di sini ada hospital bahagia yang terkenal sebagai tempat orang gila oleh certain orang, tetap aku hargai engkau mengalahkan bumi yang wujudnya de' carpio. Terima kasih kerna menyambut aku dengan panas terik mentari dahulu, kerana terik mentari itulah aku hari ini lebih legam menjadi orang. Moga aku mampu menjadi titanium, titanium untuk ummah. 

hari ini, aku rasa nak mennagis. Lagi. ahhaha. Memang laa aku ni mental tak kuat, taktau la nanti macam mana aku kalau dapat boss kuat maki orang, sah sah stok air mata nanti kena topup pakai normal saline. Tapi, biasala tu kan. Kalau tak menangis mana kita nak tahu kekuatan kita kat mana. Ayat nak backup diri :D 

dan yang pasti, Allah, terima kasih. 
untuk setiap inci coretan kenangan dan pengalaman yang Engkau asahkan diri aku ini, moga aku makin mendekat dengan Mu. 

alhamdulillah, thummalhamdulillah. *kesat air mata*

syahira haura'
0143am
10 oktober, 2014
KSKB Sultan Azlan Shah,Ulu Kinta.


Thursday, November 06, 2014

a song to you.





sometimes i know the world can bring you down, 
just know that i'll always be around,
to talk about it. 

And even the night seems darkest and hope is far away, i'll be right beside you on that day. 

No matter where our lives take us, 
even if we end up different places,
i promise i'll answer when you call and
when you don't have a shoulder to cry on,
i'll be the single thing you can rely on. 

i'll promise i'll be there to catch your tears as they fall.

dear you, i know sometimes that i have let you down. 
Just know i'll always be around.  

i'm working on it. 

Monday, November 03, 2014

n o t - a l o n e

I hate to be alone,
And I don’t fancy being alone.

Terrible days, Alhamdulillah . Allah uji ikut belah sisi sini, and i must learnt to accept the fact that i am a servants, and will not pass a day without test.

buka hati untuk kenal Tuhan, buka hati untuk rasa kasih sayang Tuhan. .

Atleast aku belajar kenal mana orang mana ikan, mana semut mana gajah.  Takpelah, bukan selalu kau berjalan sendiri, bukan tak pernah kau berlari sorang diri. Hidup ni kita tak boleh nak jangka apa yang bakal jadi. Maka, belajarlah dari fitrah siput babi.

Siput babi, fitrahnya lambat. Tapi, dia istiqamah. Bukan sikit orang mengata dia, tapi dia tetap move on. Dari satu tempat ke satu tempat, takde dia fikir apa pandangan orang pada dia. Sebab dia tahu, terciptanya dia kerana Allah, maka hidup dia setiap saat adalah kerana Allah.

Belajarlah dari alam, apa guna kejadian Tuhan kalau bukan untuk ditadabbur?

 It is a life-learning process, perhaps. I have to learn on how to stand by my own. Not to rely in anyone else, because everybody got their own foot to stand and walk.  Which way you choose is depend hundred percent on you. Only you, so be a wise man to choose your life.

jangan tamak kan perhatian dan kasih sayang manusiawi, apa yang ada terima seadanya. Kau bukan sempurna untuk memiliki segala yang sempurna, maka belajarlah bersyukur dengan mencintai sekadar apa yang kau punya. Andai kau tak dapat apa yang kau harap, jangan berpatah dulu. Sabar dan solat. Itu ajarnya Tuhan. 

Esok first paper final exam, for this last semester before aku end up jadi orang.

Go on and live your life like nobody cares.
Move on, and inshaAllah you’ll rock the papers!


Sunday, November 02, 2014

HALT - respect territory



selalu , bila aku ditanya tentang pandangan aku pada sesuatu, aku melontarkan mengikut apa yang fikirkan saat itu, dan kemudiannya suasana jadi berubah. yang sebelumnya kecoh terus jadi krik-krik. Kemudian, barulah aku tersedar, jawapan aku terlalu jujur . Dan, secara perlahan lahan aku terpaksa membina ayat lain untuk menyedapkan si pendengar.

contoh :

"nanti nak pilih husband kerja dengan government tak?"
"ish, kalau boleh taknaklah. Nanti dua-dua jadi hamba government''
"habistu,  nak peguam ? atau engineer? "
"haha, taknaklah demand sangat. Kalau kerja jual kambing pun takpe. Asal lagi dekat dengan Tuhan. Takyah yang kaya, nanti kalau jadi kaya tapi tak bersyukur tak guna jugak."
"maknanya taknak government la ni?"
"aah, kalau bolehlah . Taknaklah nanti dua-dua jadi hamba government. Payah la nanti. Tahu je la macammana perasaan kalau duduk bawah telunjuk orang ni"
diam.
" alaa, kalau betul jodoh tak payah pandang semua tu. Government pun atleast makan minum tak payah fikir dah, hujung bulan dapat gaji. kalau kerja sendiri, entah makan pun isteri tanggung"

deep. 

"alaa , tu saja ja cakap. Kalau sesama MA pun takde masalah. Memahami sikit. "

nampak permainan dia kat situ? sebab kawan kita couple dengan MA, jadi kita pun terpaksa backup balik untuk sedapkan hati si pendengar.

payah, bila minda kita terpaksa di reset semata-mata menjaga hati orang lain. Kalau soalan ditanya untuk mematikan hujah orang lain, so better not to ask. 

menghormati orang lain, adab yang sangat ditekankan dalam islam. Kau engineer, kau tetap wajib hormat makcik yang sedang cuci lantai office engkau. Bukan kerana pangkat, tapi kerana nilai kemanusiaan. 

sama juga dengan menghormati pandangan orang lain. Dalam meeting, kalau ada yang bagi pendapat , jangan terus ditolak mentah-mentah. Hormati pandangan dia, dan kemudian terpulanglah nak tolak atau nak terima. Atleast cakap dulu sesuatu sebagai tanda kita menghormati pandangan dia. 

haritu, pernah aku berdebat isu GST.

aku takde melabel kan diri aku pro kerajaan ataupun tak. Cuma pada pandangan aku, GST tak wajar dilaksanakan dalam keadaan negara kita yang mempunyai masalah rasuah yang tinggi dalam kalangan pemimpin atasan. ( Pandangan aku sekadar terbatas dengan pengetahuan liberal dan buku-buku .)

kenapa nak bebankan rakyat dengan beban yang tak sepatutnya? Padahal beban tol highway pun walau singgit setengah bebannya untuk sebulan pun dah tak terhitung penat. Lalu, bila ditanya tentang GST, aku pun meluahkan perasaan tak puas hati aku . Negara kita bukan negara Brunei, yang kayaraya dengan telaga minyak yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk rakyat, nilai mata wang kita pun rendah tak setaraf dengan US dan Ausie, rakyat miskin merata-rata padahal negara kita negara membangun, orang awam terus jadi hamba, dan orang atasan terus kenyang dengan duit hasil penat lelah rakyat.

dan, kawan aku selaku penyokong tegar kerajaan dengan baju nya yang tertera " I LOVE VM " laju memangkah aku bertubi-tubi. Dengan hujah yang sama perdana menteri kecohkan. Dia bersuara tinggi, memandang mata aku tepat. Seram sekejap. Aku terdiam, bukan diam tanda aku setuju, tapi diam aku tanda malas nak berdebat dengan orang yang telinga nya dah dipekakkan dengan janji manis, dan mata yang dah dibutakan dengan pangkat dan duit. Diam aku tanda aku hormat hubungan kami sebagai sahabat.  

tapi, melihat dia aku jadi terfikir. Kalau macam tu, baik tak payah tanya pendapat orang lain -.-

Aku memang bukan Benz Ali. 
memang bukan.

Benz Ali yang dasyat dengan teori logik, yang bagi aku pun tak masuk akal. tapi aku hormat teori dia, kerana dia berfikir dan memanfaatkan sel-sel otak dia.

Mari menghormati , agar kita tidak mati dengan hati yang tiada nilai manusiawi.