Sunday, November 02, 2014

HALT - respect territory



selalu , bila aku ditanya tentang pandangan aku pada sesuatu, aku melontarkan mengikut apa yang fikirkan saat itu, dan kemudiannya suasana jadi berubah. yang sebelumnya kecoh terus jadi krik-krik. Kemudian, barulah aku tersedar, jawapan aku terlalu jujur . Dan, secara perlahan lahan aku terpaksa membina ayat lain untuk menyedapkan si pendengar.

contoh :

"nanti nak pilih husband kerja dengan government tak?"
"ish, kalau boleh taknaklah. Nanti dua-dua jadi hamba government''
"habistu,  nak peguam ? atau engineer? "
"haha, taknaklah demand sangat. Kalau kerja jual kambing pun takpe. Asal lagi dekat dengan Tuhan. Takyah yang kaya, nanti kalau jadi kaya tapi tak bersyukur tak guna jugak."
"maknanya taknak government la ni?"
"aah, kalau bolehlah . Taknaklah nanti dua-dua jadi hamba government. Payah la nanti. Tahu je la macammana perasaan kalau duduk bawah telunjuk orang ni"
diam.
" alaa, kalau betul jodoh tak payah pandang semua tu. Government pun atleast makan minum tak payah fikir dah, hujung bulan dapat gaji. kalau kerja sendiri, entah makan pun isteri tanggung"

deep. 

"alaa , tu saja ja cakap. Kalau sesama MA pun takde masalah. Memahami sikit. "

nampak permainan dia kat situ? sebab kawan kita couple dengan MA, jadi kita pun terpaksa backup balik untuk sedapkan hati si pendengar.

payah, bila minda kita terpaksa di reset semata-mata menjaga hati orang lain. Kalau soalan ditanya untuk mematikan hujah orang lain, so better not to ask. 

menghormati orang lain, adab yang sangat ditekankan dalam islam. Kau engineer, kau tetap wajib hormat makcik yang sedang cuci lantai office engkau. Bukan kerana pangkat, tapi kerana nilai kemanusiaan. 

sama juga dengan menghormati pandangan orang lain. Dalam meeting, kalau ada yang bagi pendapat , jangan terus ditolak mentah-mentah. Hormati pandangan dia, dan kemudian terpulanglah nak tolak atau nak terima. Atleast cakap dulu sesuatu sebagai tanda kita menghormati pandangan dia. 

haritu, pernah aku berdebat isu GST.

aku takde melabel kan diri aku pro kerajaan ataupun tak. Cuma pada pandangan aku, GST tak wajar dilaksanakan dalam keadaan negara kita yang mempunyai masalah rasuah yang tinggi dalam kalangan pemimpin atasan. ( Pandangan aku sekadar terbatas dengan pengetahuan liberal dan buku-buku .)

kenapa nak bebankan rakyat dengan beban yang tak sepatutnya? Padahal beban tol highway pun walau singgit setengah bebannya untuk sebulan pun dah tak terhitung penat. Lalu, bila ditanya tentang GST, aku pun meluahkan perasaan tak puas hati aku . Negara kita bukan negara Brunei, yang kayaraya dengan telaga minyak yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk rakyat, nilai mata wang kita pun rendah tak setaraf dengan US dan Ausie, rakyat miskin merata-rata padahal negara kita negara membangun, orang awam terus jadi hamba, dan orang atasan terus kenyang dengan duit hasil penat lelah rakyat.

dan, kawan aku selaku penyokong tegar kerajaan dengan baju nya yang tertera " I LOVE VM " laju memangkah aku bertubi-tubi. Dengan hujah yang sama perdana menteri kecohkan. Dia bersuara tinggi, memandang mata aku tepat. Seram sekejap. Aku terdiam, bukan diam tanda aku setuju, tapi diam aku tanda malas nak berdebat dengan orang yang telinga nya dah dipekakkan dengan janji manis, dan mata yang dah dibutakan dengan pangkat dan duit. Diam aku tanda aku hormat hubungan kami sebagai sahabat.  

tapi, melihat dia aku jadi terfikir. Kalau macam tu, baik tak payah tanya pendapat orang lain -.-

Aku memang bukan Benz Ali. 
memang bukan.

Benz Ali yang dasyat dengan teori logik, yang bagi aku pun tak masuk akal. tapi aku hormat teori dia, kerana dia berfikir dan memanfaatkan sel-sel otak dia.

Mari menghormati , agar kita tidak mati dengan hati yang tiada nilai manusiawi. 


No comments:

Post a Comment