Thursday, November 13, 2014

proses per- sahab- atan



dulu, orang yang kita pernah rapat lagak bestfriend forever ke mana dia pergi ada kita. Hari ini, kawan yang pernah kita pertaruhkan separuh nyawa kita untuk dia dah pun menjadi coretan kenangan. Taknak kata apa, sebab hakikatnya memang begitu.

" kadang-kadang orang kita rapat bergelak tawa sekali makan satu meja tidur satu bantal bukanlah orang yang kita paling rapat sebenarnya. "

"apa keling ayat macam tu ."

"dan orang yang kita tak rapat, kadang dia orang yang paling kita rapat"

"falsafah saaaangat tu"

". . dan, kadang orang yang kita sayang dan orang yang sayang kita hari ini mungkin juga akan berubah esok hari"

"kenapa?"

"tak kenapa, falsafah hidup memang begitu"

"Lol"

***

suatu waktu dulu,

ada hati yang aku mesti jaga, mesti aku lambung lambung, kadang pula hati sendiri terkesot sampai bawah katil. Tapi, aku tak ambil pusing, sebab aku mahu usahakan agar benar kasih sayang tu kerana Tuhan. Penat jugak sebenarnya, pernah la rasa nak give up, nak forever alone. Gitu. Tapi, mengenangkan ada tugas yang mesti dilakukan, sakit mana pun aku tahan juga.

Pernah aku mengadu pada dia yang aku namakan wawa . Pada dia aku melepaskan keluhan aku pada rasa bersahabat yang bagai langsung tak dihargai. Aku luahkan air mata yang menyesak dada. Pada dia juga aku ceritakan tentang kondisi hati aku yang makin rapuh dalam jalan juang. Aku rasa, aku tak punya teman untuk seiring berjalan atas batu kerikil. Setiap kali ada, setiap kali itulah Allah jarakkan aku.

dalam diam, wawa menggapai tangan aku. Katanya, hidup memang begini. Dia juga begitu, adakala dia rasa kawan itu cuma ada bila time nak outing pergi shopping, bila nak berprogram yang fun-fun. Usrah terabai, sebab yang menggerakkan cuma sedikit. Yang lain, tak memberi tenaga hanya tahu melabelkan diri .

tidaklah. tidaklah aku rasa aku ini hebat dalam lapangan dakwah, tapi satu rasa yang sering membuat aku down bila berada dalam jalan ini adalah bila mana sahabat kita yang dah kita pertaruhkan nyawa kita atas diri dia tiba-tiba berpatah arang kerana dunia shawl dan android lebih mengujakan dia.

tidaklah bermaksud aku tidak begitu, aku juga sama. Kerana merasa lemahnya aku, maka kerana itulah aku mencari-cari dan akhirnya hati aku terpaut pada satu dahan yang dah bertahun aku tinggalkan. Alhamdulillah, walaupun aku bukan tergolong dalam kalangan "sayang" mereka itu, aku kini boleh stand atas kaki aku sendiri, kerana akhirnya aku sedar, untuk hijrah kita perlu korbankan sesuatu. Korbankan dia yang paling berharga buat aku suatu ketika dulu, dia yang sering aku bahagia dengan cuma ada dia, dia yang membuat aku seronok bersahur setiap pagi walaupun cuma biskut mayat dan milo kosong.

sekarang aku faham, erti sahabat bukan pada kita yang melabelkan sahabat, tapi pada sejauh mana dia membawa kita mendekat dengan Tuhan.

aku harap, hadir aku pada dia suatu waktu dulu, pernah mendekatkan dia dengan Tuhan. Sepertimana dia membawa aku pada Tuhan. Dan, meski hari ini tidak lagi kita yang dahulunya seiring sejalan , aku kirimkan doa moga engkau bertemu dengan insan yang lebih baik dan lebih layak buat engkau, berbanding aku yang serba kurang.

"bila aku tengok gambar lama, baru aku faham erti kawan sementara"

aku tak salahkan sarawak, tak salahkan pantai puteri. Tapi di situlah tempat yang meninggalkan coretan pilu untuk aku. Kalau boleh mahu aku putarkan waktu dan padamkan segala cerita air mata yang ada di situ.

aku juga tak salahkan waktu yang hilang. Juga waktu yang aku sia-siakan untuk menghargai orang di sekeliling aku. Tapi, bohonglah kalau aku kata aku tidak menyesal. 

andai saja boleh aku ulang, dan putar waktu. (':

ukhuwwah dan kasih sayang itu kita tak boleh paksa orang untuk terimanya. Ia adalah satu hasil yang terjadi kerana tindak tanduk kita sama ada ikhlas dari hati atau cuma sekadar atas kertas bisu, dan kita sendiri juga turut terkena penangan ukhuwah dan kasih sayang tu sehingga buatkan kita mahu lebih dekat dan lebih sayang pada entah siapa-siapa itu.

saat perkenalan kita bermula,

kita ibarat telah berjanji untuk sama jatuh sama cedera sama bangun sama melompat. Kena bersedia menghadapi setiap mehnah dan tribulasi yang bakal muncul. Hidup ini formula dia senang, di mana ada jalan disitu ada kejayaan, timbangannya pun mudah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Di mana ada manis, pasti bersamanya ada juga pahit. Maka, kita kena berusaha pasakkan minda bawah sedar kita untuk bersedia menangguk segala kelemahan sahabat kita, dan walau apa apa pun yang terjadi , kita tidak akan mudah melepaskan diri kita dari dia. Sahabat kita juga mesti berfikiran yang sama .

dan , ukhuwwah itu bukan milik orang tertentu, ia milik semua orang hatta seteruk mana pun darjat dia. Kerana, mungkin ukhuwah yang kita julang pada hari ini adalah tanda sayang yang tak berbelah bahagi lalu menjadi tiket yang tak terbayang untuk ke syurga.

konklusi yang dapat aku fahami,

bahawa sikap aku yang mudah menjauhkan diri bila diri aku ternyata tidak dihargai adalah satu tindakan yang salah. Biarlah mereka tak include kan aku dalam group geng watsep mereka, biarlah mereka tak pernah ajak aku melepak menonton minion atau apa sahaja, tidak beerti aku mesti melepaskan mereka. Cinta itu tak bersyarat, walau apa pun yang mereka lakukan, aku berhak sayang mereka seikhlas hati aku. Tak perlu aku pendam seperti orang yang hilang anak, aku mesti hidup untuk mereka agar mereka tahu satu masa nanti bahawa aku sebenarnya ada untuk memapah mereka kalau mereka jatuh.

konklusi ini adalah teori semata, dan ianya memerlukan aplikasi agar objektif dan matlamat ukhuwwah itu sendiri tercapai.

jangan sayang mengikut musim.

bila senang mendekat, bila susah saling menjatuhkan. Jangan.

cukuplah, sebenarnya hidup kita ini saling menyakitkan hati orang yang terdekat . Kita terlalu sibuk mencari punca sehingga menuding jari ke situ ke sini. Sampai kita lupa bahawa yang silap itu kita yang salah itu juga kita.

entri ini, aku tulis.

kerana aku tahu dalam bersahabat, ada yang terguris dan termakan hati. Ada yang bergusti di laman sosial hingga lupa Tuhan sentiasa menyaksikan.

aku juga tahu, ada yang suka permainkan persahabatan. Bahkan, ada yang berjanji, tapi memungkiri.


    
throwback: ehee 1214 (:
throwback: KMPh (:
throwback:  SHAMS 0610 (:

rindu zaman kanak-kanak T.T

No comments:

Post a Comment