Sunday, December 28, 2014

PeKa '14 : remaja pencetus ummah

Assalamualaikum !

aku baru dapat ruang menulis sebab baru tenang sikit kat sini dan aku baru dapat sentuh lappy terchentaa. Walaupun dah hampir dua minggu PeKa berakhir, tapi still aku rasa nak sampaikan sesuatu yang aku dapat . And atleast untuk aku jugak satu hari nanti nak bagi anak cucu cicit baca :3

hari pertama.

bas bertolak dalam hujan. Sepanjang perjalanan banyak kampung sudah ditenggelami air, semua pihak urusetia berwajah risau kerana bimbang kawasan perkhemahan kami pun turut terkena tempias banjir.  Sampai ke sana hujan masih renyai renyai manja. Dan alhamdulillah, kawasan perkhemahan kami masih utuh tidak dinaiki air walaupun berhampiran dengan laut.

usai sesi taklimat program, bermulalah pengagihan bilik. Dari dewan taklimat ke bilik masing masing agak jauh. Hujan diluar makin lebat, Urusetia memayungkan adik adik dalam hujan untuk ke bilik masing masing. Basah lencun jugaklah sebab korbankan ruang berpayung taknak bagi adik adik basah. Taknak impression adik adik berubah. Gitu. Tapi sampai selsema jugaklah dua hari gara gara meredah hujan angin monsun timur laut. 

Tapi bak kata kem komandan, kita berkorban hari ni Allah catat , walau sebesar zarah amal kita asal ikhlas kita kerana nak tolong agama Dia, inshaAllah Dia akan tolong kita.

teringat kata-kata dalam buku "secangkir teh pengubat letih" karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
jangan pandang kecil selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan. Penilainya adalah Tuhan, Allah yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan tangguhkan kebaikan yang kecil semata-mata mahu menunggu peluang amal yang lebih besar.

deep , Allahuakbar. 

dipendekkan cerita Malam tu ada sesi kuliah. Ustaz huraikan pasal solat, yang paling simple dan sentap pernah aku dengar.

kata ustaz, manusia mula main main dengan solat. Bila solat teringat tadi lupa nak sidai baju la, lepastu barang yang pat tahun lepas hilang mula lah nak terkenang balik segala bagai. Kalau nak cepat, solat pun main redah sampai segala rukun tertinggal tak sempurna. 

kemudian, bila Allah turunkan ujian sikit baru nak bersusah cari tikar sejadah. tapi itulah manusia, bila selalu sangat dibaling syiling dia takkan ingat untuk bersyukur, bila dibaling batu barulah dia mendongak mencari di mana punca. Nah, analogi yang simple. Batu dan syiling. 

usai kuliah maghrib, semua peserta bergegas ke dewan untuk sesi LDK (latihan dalam kumpulan). Memandangkan adik-adik dah ada kumpulan masing yang dinamakan dengan nama srikandi dan tokoh islam yang hebat, makanya aktiviti malam itu adalah untuk melihat kerjasama dan kretiviti kumpulan dalam mencipta logo dan bendera kumpulan. Bila masing-masing membentangkan hasil kreativiti kumpulan masing masing, aku yang duduk di hujung dewan tergelak sendiri. Kelakar bila adik adik berlawan hujah dengan fasilitator untuk memenangkan kumpulan masing masing. Berani adik-adik ni kalau nak compare dengan aku yang selalu jadi tikus menyorok di balik peti ais, eh tikus macam buruk sangat okaylah,arnab comel sikit. Heh.

sebelum itu, ustaz imran (ketua fasilitator) lead adik-adik menyanyikan lagu tema PeKa 1dekad iaitu lagu semangat perjuangan. 

hari pertama berakhir dalam pukul 12 tengah malam, dan pagi tu pukul 4 pagi ada satu qiamullail which is aku sebagai AJK untuk bahagian ibadah kena mainkan peranan untuk kejutkan adik adik bangun. Dan sesungguhnya tidur pukul 2 pagi bangun 3.30 pagi dalam kedinginan dan renyai hujan pagi memang mencabar keimanan. Bangun saja siapkan diri terus ke bilik kejutkan adik adik banat bangun bersama degan dua lagi sahabat ,kak ya dan ashilah.

dan demikianlah nak dipanjangkan cerita ada 3 orang adik yang tak sihat. Sorang sesak nafas, aku agak gastrik so aku bagi gelusil tab kat dia lepastu kakya bawak dia pegi surau suruh rehat kat surau sebab risau jugak kalau biar dia dalam bilik sorang sorang. Sorang lagi cramp, so kalau cramp buat cara kampung ,dan ashilah bawak dia ke surau. Sorang lagi mengadu sakit mata, aku tengoklah mata dia,memang sebelah merah sebelah tak. Dia cakap mata rasa sakit macam berpasir. Aku agak conjunctivitis, tapi dia cakap takde sebelum datang sini adik beradik kawan rapat sedara mara yang sakit mata. Tapi takpelah aku pun bawak dia ke surau. Rintik hujan makin lebat menyembah bumi, aku pimpin adik yang sorang tu untuk ke surau, tiba tiba dia cakap "ustazah, jangan bawak saya nanti saya pengsan" . Aku cakap" takpe ustazah bawak kamu pegi surau, kat sana boleh rehat". Dalam kepala au pelik, sakit mata sampai nak pengsan ke?

Nak dijadikan cerita, aku papah dia yang tiba tiba huyung hayang berjalan. Beratnya ya Allah sampai dalam dingin pagi renyai hujan tu aku berpeluh peluh macam baru sudah berlari padang semilan lap. 

depan surau ada banin yang tengah kena denda sebab datang qiamullail lambat, masa tu dah pukul 4,30 pagi. Tiba tiba, betul betul depan banin adik yang aku papah ni rebah menghempap tubuh aku,kiranya dia seronok lah jatuh berlapikkan aku tapi aku ni dengan telekung putih jatuh betul betul dalam lecak air hujan. Basah dan lencun telekung solat aku dan demi sesungguhnya masa aku nak angkat dia mashaAllah tak terangkat!

kem komancan banin datang lepastu cakap :eh enti! enti okay tak? apa ana nak tolong ni?"
aku cuma cakap "takyah takyah, ustaz tak payah tolong angkat, ustaz panggil muslimat lain datang tolong ana"

dalam kelam pagi aku dan 6 lagi muslimat angkat dia ke surau. MashaAllah beratnya ! padahal badan dia kecik ja lagi rendah daripada aku yang dah memang rendah cuma tembam sikit ja. Tiga kali kami yang mengusung ni tersungkur sebelum betul betul sampai ke atas.

dan part paling terkejut, masa ustaz berzikir tiba tiba dia mendengus, aku pun kena cakar sekali kat tangan sebab nak tenangkan dia. Histeria rupanya.  Bila baca ayat quran masa solat dia menangis, aku tak dapat sama sama tunaikan solat pagi tu sebab jaga adik yang histeria sementara tunggu bnatuan lain sampai. Usai qiamullail, ustaz alghazali datang , baca sesuatu pegang kepala dia , dengan tiba tiba budak ni bangun tolak ustaz dan jerit satu surau bergema. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa sebab aku paling dekat, aku cuma tolong ustaz bacakan ayat seribu dinar dan ustaz suruh ulang baca bismillahiallahuakbar. 

dan lama lepastu dia okay so aku temankan dia solat subuh. Perasaan aku, sebab aku terlalu pegang pada hipotesis medical dalam otak jadinya bila dia mengadu itu ini yang pelik pelik macam menipu aku , dalam kepala terus beratus manifestasi klinikal untuk penyakit penyakit. Pdahal rupa rupanya ada makhluk lain yang sedang menipu aku sebab taknak pergi surau, nasib baiklah aku ni bertegas jugak tak kasi dia duduk bilik walaupun masa aku pegang tangan dia nak ajak pegi surau dia tenung aku macam nak telan dengan mata merah dia . Dalam hati duk ulang baca ayat kursi dengan ayat seribu dinar ja. 

and, experience is the best teacher ! 

esoknya hujan makin lebat. Aktiviti outdoor tak dapat dilaksanakan, maka berpindah lah aktiviti ke dalam dewan. Aku tak berapa ambik port sangat sebab aku urusetia bukan fasilitator. 


dipendekkan lagi cerita, esoknya. . .
sepatutnya ada hiking, tapi terpaksa dibatalkan atas alasan keselamatan adik-adik. Bukit tu agak tinggi, dan mungkin berbahaya sebab hujan agak lebat malamnya. 

maka, aktiviti explorace diadakan untuk menggantikan hiking. Explorace tengah hujan, adik adik banin takyah cakap la happy dapat main hujan, adik adik banat macam tak comfort sikit sebab mana la diorang selesa redah hujan nanti baju melekat habis kat tubuh, tapi semua okay ja sebenarnya sebab takdelah basah lencun. Cuma kena redah air banjir ja pun takdelah dalam sangat. 

hari last, ada adik-adik datang berborak masa ada time free. Salah seorang daripada adik-adik tu rupanya junior SHAMS dulu, seronok dia dapat jumpa aku walaupun hakikatnya time dia form 1 aku dah habis dah. Tapi, kerana moto SHAMS sendiri "SHAMS berwatak kemas beradab" , makanya memang sopan adik-adik aku ini.(angkat bakul kejap). 

bila aku tanya SHAMS apa khabar, air muka dia berubah. Dari riak wajah dia, dapat akugambarkan bahawa berita berita yang aku dengar tentang sekolahku sebelum ni mungkin ada benarnya. 
Allahu. .rindunya Sheikh Abdul Malek . 

. . .



adik adik yang dikasih Fillah,
andai engkau merasa lelah,
ingatlah bahawa engkau pewaris kabilah,
yang bakal menjadi pencetus semangat ummah.

Di dalam hati perlu engkau tahu,
bahwa ummah yang tenat memerlukan tenagamu,
untuk mengoles kembali cinta di qalbu,
pada Tuhan dan Rasul yang dirindu.

saban waktumu usah dipersia,
kelak disoal diakhirat tanpa pembela,
apa sumbanganmu untuk agama?
apa juga yang sudah kau laburkan untuk mendapat Syurga?

adik adik sayang,
usah terlalu bermimpi hingga ke bulan,
kelak nanti kau lupa ada rumput menghijau taman,
satu doa aku kirimkan,
moga amal kita segalanya diterima Tuhan,
buat bekal dihari kemudian.

Fii amanillah kesayangan.
salam sayang;
kak syera -



Sunday, December 14, 2014

hujan dan PEKA '14

bumi terengganu basah jerukkk disiram hujan dan ribut yang mengganas. 
ah logiklah pun bulan 12 memang macam ni. 

dah 21 tahun hidup kat sini, setiap kali itu juga bulan 12 hujan lelebat yang sangat sampai nak keluar rumah pun menggigil tah macane nak pegi korea kalau macam ni,eheh. 

tak. itu bukan masalahnya.

. . .


sekarang, masalahnya kat sini adalah PEKA 2014, yang mana tahun ni genaplah satu dekad Perkhemahan Remaja yang tak tahu macam mana boleh jadi shortform dia " PEKA " tu. 

tahun lepas , aku tak dapat join sebab kekangan tugas di kolej. Tapi, tahun ni memandangkan aku sudah pun tamatkan pengajian tiga puluh semilang tahung aku kat kolej tu, jadi nama aku dimasukkan sebagai salah seorang urusetia program, dan aku pegang slot ibadah untuk muslimat.

sebenarnya , kalau ikutkan perancangan aku , aku tak dapat hadir PEKA '14 sebab tarikh PEKA sama dengan tarikh kenduri kawen kakyong (classmate ) di baling kedah.  Namun, setelah hampir berminggu minggu aku dan sahabat plan perjalanan kami untuk ke baling tu, akhirnya trip kami untuk ke baling terpaksa cancel. Hanya kerana transportation yang takde. Budak budak kedah semua takde transport, jadi kami geng geng terengganu tak dapat nak ikut , bas ke sana hanya ada sampai ke terminal baling, kalau nak ambik teksi ke rumah kakyong ongkos nya akan meningkat naik ,kata kawan kedah aku. Maka, aku mengambil keputusan untuk pergi kenduri belah pengantin lelaki 25hb nanti di alor setar , inshaAllah. 

penat plan, akhirnya perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Maka, tawakkal sahajalah kepada Allah. Dia lebih tahu, 

berbalik pada perkara PEKA, aku sebenarnya risau. Memandangkan tahun ni aku akan pegang Ibadah, aku jadi risau. Aku rasa tak layak T.T

sebelum ni masa jadi fasilitator aku okay ja, sebab handle budak budak. Aku suka budak budak nak nak lagi budak budak yang baru nak menempuh dunia remaja macam ni. Sebab fikiran mereka sekarang lebih terbuka dan lebih luas.

satu lagi, sebenarnya dalam group PEKA ni ramai lulusan overseas, mesir jordan syria bersepah ramai. Budak budak Darul Quran lagi, geng lepasan UIA,  budak budak STAM , budak-budak dari kolej-kolej islam pun ramai. Aku je yang cuma dari kolej kesihatan biasa, bakal MA pulak tu tetiba pegang slot ibadah. Inferior sekejap. Dalam meting aku lah yang paling diam, cuma dengar dan catit, orang sebelah aku pungpang pungpang bercakap. Lahaii perasaan. . 

takpelah, go on redah jaa. Macam tak biasa redah pulak kan. Yang penting kau buat kerja kau kerana Allah, beres. Fuhh! hembus semangat angin monsun timur laut ! 

. . .

tika ini, sekali lagi hujan lebat membasah bumi. 

dan tahniah kepada pasukan Terengganu Hockey Team (THT) kerana menjuarai Piala Tenaga Nasional Berhad. Dan tahniah yang sangat kepada Fitri Saari kerana sentiasa berjaya menutup aurat dengan sempurna,semoga menjadi contoh atlit sukan yang lain,amin.

 aherher :3 







inni asykurullah !



tak ada manusia yang terlahir sempurna
jangan kau sesali segala yang telah terjadi
kita pasti pernah dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini tidak ada ertinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah -d'masiv

. . .

she is siti hajar brahim (:


sebab hidup satu anugerah, maka walau sedikit engkau punya,
bersyukurlah !

alhamdulillah untuk setiap nikmat,
haaza min fadhli rabbi untuk setiap pujian,

engkau sudah dewasa,
hatimu kian tahu memilih,
akalmu semakin ligat berfikir,
langkahan kakimu tidak lagi perlu diatur,
engaku sudah tahu arah mana perlu engkau tuju.

gambar tahun 2012: semester 3.
aku tiada dalam gambar,Tengah bersenam kat KSKB Lumut T.T


bersyukur bila engkau diletak Tuhan bersama orang yang hebat, hingga membuatkan dirimu turut mendapat tempias mereka.

dalam keadaan kereta rosak, dia masih mengajak kau 
untuk bermuhasabah mencari di mana silap engkau. Dalam engkau menerima amanah yang berat, masih dia meminta engkau untuk bermunajat agar jawatan itu akan mendekatkan engkau dengan Tuhan.

di mana lagi mahu mencari sahabat seperti ini?
bersyukurlah.


. . .


kedahan (:

belajar menghargai.
itu kunci kasih sayang. 




credits-