Sunday, December 14, 2014

hujan dan PEKA '14

bumi terengganu basah jerukkk disiram hujan dan ribut yang mengganas. 
ah logiklah pun bulan 12 memang macam ni. 

dah 21 tahun hidup kat sini, setiap kali itu juga bulan 12 hujan lelebat yang sangat sampai nak keluar rumah pun menggigil tah macane nak pegi korea kalau macam ni,eheh. 

tak. itu bukan masalahnya.

. . .


sekarang, masalahnya kat sini adalah PEKA 2014, yang mana tahun ni genaplah satu dekad Perkhemahan Remaja yang tak tahu macam mana boleh jadi shortform dia " PEKA " tu. 

tahun lepas , aku tak dapat join sebab kekangan tugas di kolej. Tapi, tahun ni memandangkan aku sudah pun tamatkan pengajian tiga puluh semilang tahung aku kat kolej tu, jadi nama aku dimasukkan sebagai salah seorang urusetia program, dan aku pegang slot ibadah untuk muslimat.

sebenarnya , kalau ikutkan perancangan aku , aku tak dapat hadir PEKA '14 sebab tarikh PEKA sama dengan tarikh kenduri kawen kakyong (classmate ) di baling kedah.  Namun, setelah hampir berminggu minggu aku dan sahabat plan perjalanan kami untuk ke baling tu, akhirnya trip kami untuk ke baling terpaksa cancel. Hanya kerana transportation yang takde. Budak budak kedah semua takde transport, jadi kami geng geng terengganu tak dapat nak ikut , bas ke sana hanya ada sampai ke terminal baling, kalau nak ambik teksi ke rumah kakyong ongkos nya akan meningkat naik ,kata kawan kedah aku. Maka, aku mengambil keputusan untuk pergi kenduri belah pengantin lelaki 25hb nanti di alor setar , inshaAllah. 

penat plan, akhirnya perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Maka, tawakkal sahajalah kepada Allah. Dia lebih tahu, 

berbalik pada perkara PEKA, aku sebenarnya risau. Memandangkan tahun ni aku akan pegang Ibadah, aku jadi risau. Aku rasa tak layak T.T

sebelum ni masa jadi fasilitator aku okay ja, sebab handle budak budak. Aku suka budak budak nak nak lagi budak budak yang baru nak menempuh dunia remaja macam ni. Sebab fikiran mereka sekarang lebih terbuka dan lebih luas.

satu lagi, sebenarnya dalam group PEKA ni ramai lulusan overseas, mesir jordan syria bersepah ramai. Budak budak Darul Quran lagi, geng lepasan UIA,  budak budak STAM , budak-budak dari kolej-kolej islam pun ramai. Aku je yang cuma dari kolej kesihatan biasa, bakal MA pulak tu tetiba pegang slot ibadah. Inferior sekejap. Dalam meting aku lah yang paling diam, cuma dengar dan catit, orang sebelah aku pungpang pungpang bercakap. Lahaii perasaan. . 

takpelah, go on redah jaa. Macam tak biasa redah pulak kan. Yang penting kau buat kerja kau kerana Allah, beres. Fuhh! hembus semangat angin monsun timur laut ! 

. . .

tika ini, sekali lagi hujan lebat membasah bumi. 

dan tahniah kepada pasukan Terengganu Hockey Team (THT) kerana menjuarai Piala Tenaga Nasional Berhad. Dan tahniah yang sangat kepada Fitri Saari kerana sentiasa berjaya menutup aurat dengan sempurna,semoga menjadi contoh atlit sukan yang lain,amin.

 aherher :3 







No comments:

Post a Comment