Thursday, January 22, 2015

se-seorang

dia yang selalu ada dalam kepala.
bertaruh dengan saat dan minit untuk harapan dan doa menjadi kenyataan.

ramai yang bersungguh mahukan dia.
begitu juga aku.

ramai yang bersungguh mahu menarik dia kembali membuka mata,
dan aku juga tidak terkecuali.

gambarnya yang paling mahal, boleh dihitung dengan jari cuma.
kedekut gambar. katanya dia terlalu handsome untuk bergambar.

akalnya tajam,
lawaknya menjadi,
tawanya menghiburkan,
senyumnya seolah bunga mekar.
berseri.

. . .

se-seorang

dialah yang menyerikan zaman kecil aku.
dialah  kesayangan aku.

yang aku sering selit kan doa untuknya saban waktu.

sembuhlah .
sembuhlah insan yang aku sayang

sudah penat air mata ini mengalir.
sudah lirih suara bonda.
sudah kusam wajah ayahanda merindu suara dan hilai tawamu.


apa kau lupa saat dulu kaulah guardian angel aku.
yang selalu memangku kalau aku jatuh.
yang selalu backup aku kalau dibuli budak kampung.
yang selalu mengajar aku memanjat pokok dan bermain pistol.


bukalah matamu, 
tembaklah lagi aku dengan lastik cicak,
tariklah lagi rambut aku kalau engkau kalah berlumba
cubitlah lagi tangan aku kalau aku ambil cikedis engkau
balinglah lagi katak mengkarung lipas semua

aku cuma mahu engkau kembali, .

kami merindumu.

amat-
paling-
sangat-

kau tidak rindukah nasi goreng tawar aku?
apa kau tak rindu kek keras yang pahit aku itu?

aku mahu kau terus mengkritik aku.
aku mahu kau terus mengutuk aku.
dan aku mahu kau terus sayang aku.

bonda jua pilu ,
ayahanda jua terluka hatinya.

kami juga teramat merindukanmu, 

" allahumma rabbannasi azhibil ba'sa isyfi anta syafii, wa3fii antal mu3fii ,la' syifaan illal syifaauk, syifaan la' yughaddiru saqamann "

amin-

No comments:

Post a Comment