Wednesday, March 11, 2015

probability-

jadi coach netball untuk budak PASTI. Penat -.-

kalah teghuk, 17-3. haih.

budak budak ni masa practice kemain lagi, tapi time betul-betul langsung tak bergerak, penat jugak mendidik budak kecik. Tapi itulah yang meriahnya , budak budak ni kan penghuni Syurga, masa ni lah nak tengok tahap kesabaran kita berdepan dengan ahli-ahli syurga ni. 

tapi harini baru pre-match. Mungkin match yang sebenar sabtu ni kita menang mana nak tahu kan? Positive thought will gain positive energy inside (: allahuyusahhil

and, i still counting days. 

counting days, untuk berkhidmat sebagai penjawat awam- dan counting days to be syahira yang ada side yang lagi baik dari semalam. 
. . .

dalam hidup, pasti ada masanya kita rasa macam kita nak achieve sesuatu yang pernah kita rasa ianya mustahil. Dan bila mana Allah buka jalan itu depan mata kita, kita jadi terpinga pinga- dan persoalan apa, kenapa, bagaimana terus menerjah ke minda bawah sedar kita.

hakikatnya, kita sebenarnya sedang diberi peluang oleh Allah untuk menjadikan sesuatu yang pernah kita rasa mustahil sebagai sesuatu yang ada dalam tangan kita. 

hidup ini kitarannya begitu, apa yang kita mahu tak semestinya kita dapat- dan apa yang kita tidak mahu kadang-kadang menjadi milik kita- kerana pastinya di atas segala yang berlaku, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 2:216 (:

You throw a stone into a deep pond. Splash. The sound is big, and it reverberates throughout the surrounding area. What comes out of the pond after that? All we can do is stare at the pond, holding our breath -1q84,Haruki Murakami


No comments:

Post a Comment