Tuesday, April 28, 2015

kesayangan

Arnab yang menjadi perantara aku dan Allah hul adzhim (‘:

Seekor arnab juga adalah symbol kepada dunia. Tidak kekal. Yang hidup, pasti sampai saatnya dia mati.

Dia tiga beradik, lahir 5 April 2015. Seekor dari mereka sudahpun terlebih dahulu dijemput Ilahi. Aku ini manusia yang tidak kental hati bila berdepan dengan kehilangan,kerana bila sudah sayang payahnya nak melepaskan Allah saja yang tahu.

Pemergian arnab yang comel itu buat aku sedar, yang aku tak ada kenangan yang banyak dengan dia. Cuma ada 3 keping gambar yang aku tangkap masa dia tengah tidur. Cuma itu. Lalu, dua ekor lagi aku ambil, letak dalam bakul cantik-cantik. Sebab ibu arnab terlalu ganas, sampai mencederakan anak-anak dia jadi aku nekad biarlah aku yang jaga. Aku letak dalam bilik, sampai masa menyusu aku keluarkan ibu dia dari sangkar dan letak dalam bakul. Sampai anak arnab kenyang –siap tergolek dengan perut memboyot barulah aku pisahkan lagi mereka.


14 April 2015

masa tengah nak menyusukan anak-anak arnab dapat berita penempatan kerja dah keluar. Aku yang excited mengadap lappy terus lupa anak-anak arnab dalam bakul- depan pintu dengan ibu dia. Ibu arnab sifat dia tak protective macam  kucing. Dan bila dia rasa terancam dia akan lari. Aku tak sedar entah kucing liar mana masuk dan culik seekor dari anak anak arnab aku.

Adik aku yang bongsu datang cakap “ kakak, arnab kakak tinggal sekor ,sekor lagi mana?”
Masa tu aku rasa kelam sekejap. Mana arnab aku?

Aku cuba positivekan diri. Sebab arnab aku yang  ini dia bertubuh besar sikit dan sangat suka memanjat. Jadi aku cuba positive kalau kalau dia memanjat pastu sesat kat celah celah sofa atau meja ,sebab arnab aku ini masih buta dan pekak. Mata dia belum terbuka, dan telinga dia belum boleh mendengar. Dia cuma ada deria bau untuk buat dia kenal jalan dia.

Bila adik aku cakap yang dia Nampak tadi ada kucing oren duduk depan pintu tengok bakul, aku pun terus berlari keluar cari kucing tu, masa tu hujan renyai , aku risau kalau kalau baby arnab aku masih hidup, mesti dia kesejukan. Baby arnab dia tak boleh sejuk sejuk, dia tak boleh basah. Sebab bulu dia belum cukup tebal, dan kulit dia nipis. Aku pusing satu rumah, aku ikut kucing tu tapi tak ada jugak.
Lama mencari, sampai aku lupa yang aku belum solat zohor lagi. 

Masa tu, dalam hati berat hanya Allah yang tahu. Dalam solat aku menangis, sampai habis solat. Dalam doa aku mintak dengan Allah, moga baby arnab aku cuma sesat,bukannya dibawa lari kucing liar. Renyai hujan seolah menambah rasa yang membuku. Aku buka camera, tengok video-video dia, tengok gambar gambar dia. Baru semalam aku ambik gambar. Bila diangkat dia menggeliat comel. Aku rakam gambar dia. Gambar dia dan adik dia, dan gambar dua ekor lagi anak arnab aku yang dah pun besar dan sihat.

Aku harap, nanti dia jumpa jalan balik. Tertidur dengan kamera di tangan. Dalam mimpi, dia muncul. Macam cliché , macam drama pun ada. Tapi hakikatnya aku mimpi dia datang, depan pintu bilik. Terjaga dari tidur, cepat cepat aku bukak pintu bilik. Hampa. Sungguh mimpi benarlah mimpi.

Keluar bilik, emak bagitahu. Jiran sebelah Nampak kucing oren macam gigit arnab bawak lari ke rumah hujung jalan. Emak cakap, jiran sebelah cuba kejar kucing tu sebab nak selamatkan anak arnab tu tapi dia tengok kepala anak arnab tu dah terkulai. Dengar saja kepala arnab terkulai, aku masuk bilik dan menangis sekuat hati. Seksanya kematian dia. Padahal dia baru ja tengah happy kekenyangan dapat menyusu dengan ibu dia.

17 April 2015 Jumaat

Kullu man kaana faan. Wa yabqa’ wajhillahi zuljalaliwalikram.

Sungguh dunia dan isinya tiada yang hidup lebih lama dari sesaat bila saja seruan izrael telah bergema memanggil menjemput ke dunia abadi.
Superman. Dia yang aku gelar sebagai superman kerana kuatnya dia bertahan disisi aku. Seekor arnab comel yang sangat suka memanjat tangan dan kaki aku. Aku tak tahu di mana silap aku dalam menjaga dia, sungguh jika Allah izinkan aku sedikit waktu lagi mahu aku curahkan sayang yang tak bertepi buat dia. Namun perancangan Tuhan lebih indah dan penuh berkat berbanding aku yang selalu merancang dengan emosi dan hati yang penuh contengan.

24 April 2015

Chici arnab yang sangat comel, arnab karpet pula dijemput Ilahi. Maka kini, tinggal cuma seekor arnab di bawah jagaan. Chaca-
Allah, ampunkan aku jika sekiranya pemergian mereka adalah kerna aniaya aku pada mahlukMu. Sedang aku begitu cuba menyayang mereka sepenuh jiwa .

Allah, pada siapakah lagi harus aku mengadu rindu dan sakit ini? Berpisah dengan binatang kesayangan sudah mengundang peritnya jiwa, bagaimana jika aku kehilangan insan yang mengisi hari hari aku?

Allah, sungguh di dalam bisik dan di dalam tawa hanya denganMu jua aku tenang. Dan sungguh kataMu di dalam kitab suci AlQuran, bahwa mati itu adalah sebaik-baik peringatan.
Allah hadirkan seekor arnab sebagai pengubat pilu tika putus harap, yang mampir menghadiahkan tawa dan bahagia. Sungguh anugerah Allah pada aku tidak bertepi padahal aku ini selalu melupakan dia.

Luka pemergian dia masih lagi membawa air mata rindu meskipun telah lama dia tinggalkan aku. Aku ini kalau sudah sayang berlari sejuta tahun pun masih payah melupakan.  Allah, sungguh rindu ini rindu yang penuh misteri, asaskan lah ia dengan cintaMu agar tidak lari aku dari jalan Mu dan agar kekar kaki aku ini melangkah di jalanMu.

Arnab arnab yang aku cinta,  
terima kasih kerna sudi jadi peneman tidur dan jaga aku. Terima kasih kerna hadir sebagai  seekor arnab yang penuh keindahan. Terima kasih kerna tawarkan aku sebuah kebahagian meski ia sementara. Terima kasih kerna bangkitkan aku dari lena panjang. Terima kasih mampir mengubat duka dan air mata.

Allah.
Temukan kami di syurgaMu yang serba indah.
Kerna ingin sekali aku menjadi  hamba terpilih yang dijemputmu mengisi  ruang Jannah
Bertemankan dia yang aku kasih

Allah.
Rindu ini membuatkan aku tahu di mana akhir jalan hidupku.
Mata ini seluasnya terbuka dengan ujian dariMu
Teruslah ketuk aku dengan tarbiyahMu
Aku tidak mahu waktu aku menjadi lembar yang sia sia di bumiMu

Allah.
Izinkan aku mengetuk pintu hati ahli hatiku
Untuk bersama denganku ke SyurgaMu
Kerna sayang aku tidak mahu melangkah bahagia sendiri
Bantu aku wahai Tuhan pemilik setiap detik waktu
Jadikan aku hamba yang Engkau redha dalam  lena dan jaga.

Wahai Allah pemilik langit dan  bumi serta seisi alam. Sampaikan salam aku buat dia, superman dan cintaku baby arnab semuanya.

Moga mereka menjadi saksi atas amal baikku di dunia. Ampunkan aku atas khilaf di atas muka bumi. Aku mahu terus menangis mengenang dosa yang menggelapkan hati. Aku mahu bisa terus terbuka hati untuk dipimpin terus dalam cahaya rahmatMu.


Salam sayang dari penghuni bumi milik Tuhan; syahira-haura’/28 april 2015/9 rejab 1436H 

No comments:

Post a Comment