Tuesday, June 30, 2015

S A D O

assalamualaikum kesayangan.

lama tak menjengah di daerah ini.
daerah yang selalu aku luahkan rindu dan dendam.
luahan amukan perasaan jua.

sudah menginjak ke penghujung bulan Jun. Beerti makin hampir saat Ramadhan pergi.
Allahu.

aku?

ahh masih sempoi begini. Terkadang kerna terlalu melayan penat, zohor pukul 1 jadi pukul 3 :(

masuk bulan ke 3 aku jadi anak rantau johor.
ah daerah ini terlalu banyak cerita, walhal aku sangat berharap aku boleh fokus menghabiskan 6 bulan dengan tenang.

bolehkah aku istiqamah menjadi seorang plain jane?
yang tak dikenali
dan tak dipandang.

sebab aku ini,
makin dikenali
takut nanti makin sombong.

makin dipandang,
bimbang nanti makin takabbur.

naudzubillah min dzalik-

daerah ini mengajar aku,
bahwa tidak semestinya apa yang pahit di awalnya,
kan terluah pahit jua di akhirnya.

bukankah Tuhan ada berfirman,
bahwa;

tidak dia menjadikan sesuatu, melebihi kudrat dan kemampuan hambaNya - 2:286

maka,
bergumbiralah sementalah kau diuji ini.
kelak nanti, bila tiada lagi ujian dari tuhan,
mungkin hati kau sudah tiada ruang lagi untuk cahaya menembusinya.

naudzubillah-

haip!
wahai hati, silalah bersabar.
kau hanya perlu teruskan bernafas.
perlahan-lahan.

wahai dunia dan seisinya,
yang selalu menambah berat kepala aku,

 aku punya Allah, kau ado? (: !