Friday, August 14, 2015

kalaupun~

kalaupun,
kau punya seribu jantung.
masih tetap yang berdetak ritmanya serupa.

kalaupun,
kau punya seribu tahun,
masih jua tujuannya tiada yang berbeza.

kalaupun,
bintang di langit mengukir namamu indah,
tetap engkau di bumi tidak bisa menggapai.

dan kalaupun,
kau berjalan meretas jutaan rumput hijau,
di penghujungnya pasti juga kau kan berpatah kembali.

kerna,
yang berdegup semalam adalah semalam
dan yang tinggal cuma,
hanya kisah yang tidak berbuku
yang kau sudah karatkan ia rapi.

kerna itu,
'kalaupun' yang kau agungkan itu,
cuma contengan agar kau ragu
yang akan menjadikan kau lesu
dengan takdir coretan Dia yang Maha Tahu-


sumber: ihsan google-







No comments:

Post a Comment