Saturday, October 24, 2015

plain jane~

i am a plain jane-

terkadang aku bangun pagi terlupa nak baca doa
solat subuh terkadang tanpa qabliyah 2 rakaat -

tengok cermin terlupa nak niat mintak Allah bagi cantik dan sempurna akhlak seperti sempurnanya wajah yang Dia anugerah-

pakai socks terlupa nak mulakan sebelah kanan-
jejak kaki ke luar rumah dah tak tahu mana niat dan doa-

i am a plain jane-

minum air kadang tegak macam tak sedar ada kerusi merayu suruh duduk
gelak tak payahla cakap berapa kali terlepas , padahal dah nampak ada kaum versus kat depan mata-

oh mengg seriously .

i have too much flaws, and still Allah pour His mercy all over.

Allah hantar terlalu ramai orang - orang yang baik di sekeliling aku. Sampaikan aku lemas dengan kasih sayang dan kebaikan mereka.

melting dengan hati-hati mereka, yang terlalu baik-

sedangkan, aku cuma plain jane. Yang masih kuis daus dengan hujung kaki-
moga Allah jaga orang-orang yang baik dan penuh kasih sayang ini,
dan mencampakkan rasa bahagia ke dalam hati mereka jua-

sepertimana Allah hantarkan bahagia kepada aku melalui mereka sebagai asbab. amin (:


Saturday, October 10, 2015

my PPW's

aku dalam musim down
aku ingat aku boleh jadi kental-
ahh 

tapi takpe, aku okay aku okay *menangeh*

terlalu jujur dalam dunia sekarang adalah satu kesilapan-
aku diajar " jangan jujur sangat. Kalau nak survive lama, kena pandai pusing senget sikit"

sebab aku terlalu jujur,
boss marah aku.

sebab aku terlalu jujur,
boss benci aku.

sebab aku terlalu jujur,
boss asyik tolak claim OT aku

sebab aku terlalu jujur,
boss buat aku sign surat kesalahan tata tertib disiplin.

bila aku diam, semua tanya.

"syahira, kau okay? syahira , kau okay?"

aku jawab. "aku okay."

dan mereka tanya lagi. "bohong. kau tak okay kan?''

aku jujur pun salah, aku menipu pun orang tak percaya.

lepastu, what everyone else expect me to do?

menanges tengah tengah morning prayer?
aku dah buat dah.

meraung depan boss?
maybe kalau dah tak tahan sangat boleh jadi aku buat.

tahu tak, aku tengah cuba jadi badang yang kental-
cuma bezanya aku tak makan muntah raksasa.

tapi serius, aku okay.
aku tak kisah kena extend PPW

aku cuma kisah,
bila sebab extend aku dilabel bermasalah-
mesti payah aku nak sambung belajar.

aku sedih.
bila terpaksa tandatangan surat salahlaku disiplin untuk benda yang aku tak buat-

aku sedih.
sebab aku tak boleh back up diri aku sendiri.
apatah lagi orang lain.

aku sedih.
bila aku tak boleh luah rasa tak puas hati aku.
aku pendam sorang sorang jadi racun dalam diri.

why syahira why?

dear Dr Rashdan,;
 i dont need to agree with you when you say that the sky is green. it doesn't matter how  i look at the sky, i don't need to argue with you just because of my eyes look things differently.

i dont need to prove that you are wrong, and i am right when i believe otherwise.

i just need to go on with my life, with a new basically understanding that to some people the sky looks green.
and, i'm okay with that.

somehow, i just need to raise up my hand and put some du'a. May one day Allah will make things easier for me and hard enough to build my inner strength-











Thursday, October 01, 2015

appreciation-

to anonymous-

ahh,
aku tulis simple-

terima kasih-
sebab dalam kepala engkau ada aku walaupun tetengah kau sibuk shopping, kau masih juga belikan sesuatu untuk aku.

terima kasih-
sebab kau selalu bagi aku semangat.
dalam susah dan tawa aku.
lahai, aku ini hati tisu.
cengeng-

terima kasih-
sebab kau tidak meletakkan apa apa harapan pada aku.
dan terima apa kata aku seadanya tanpa menjarakkan aku dari engkau.

kau tahu,
kau menjadi sesuatu yang sangat membantu
sepanjang aku di daerah ini.
kelak nanti,
aku hadiahkan kau sesuatu
sebagai tanda betapa engkau aku hargai
dan aku kasih-

sebagai sahabat.