Saturday, December 05, 2015

part I- jurnal seorang PPW (:

November 14, 2015
Hold fast to dreams, for if dreams die,
Life is a broken-winged bird, that cannot fly”-langston hughes

Aku tak pernah se happy tu kerja, perasaan dia macam first time aku full heartedly doing something. Dan , bila nak melangkah keluar tu baru terdetik dalam hati “ Allah, terima kasih sebab hadiahkan aku memori yang dah lekat dalam hati .

It was my last day at emergency department.

Tapi sungguh, aku rasa seronok kerja, seronok bila orang sekeliling sama sama buat kerja dengan kita, takde yang curi tulang, doctor pulak walaupun emosi sekejap tak tentu tapi still tak jerit jerit bodohkan kita. Maybe sebab apa yang dia order semuanya siap on time-

Pukul 3am, redzone dah takde pt. HO tidur dekat bed 6, MO , PPP senior dengan SN tidur kat kaunter. Aku habiskan #chenta dekat cardiac table. Sambil membaca sambil layan perasaan. Tengok semua orang tidur nyenyak, aku jadi tersenyum. Penat mungkin. Tadi berperang dengan macam macam shock, VT-VF-nasiblah ada si Lucas , haha. Thankyou Lucas-machine CPR yang tak pernah penat

Aku seorang dressar- dressar yang baru melangkah ke alam pekerjaan, yang masih blurr bila orang sebut start strep untuk patient MI-  and  i was like, strep? What strep? Streptomycin?  eheh

Hari-hari kalau tak kena marah tak sah.

Tapi, kadang aku sabar. Aku diamkan saja.

Pernah jugak satu hari, sabar aku menipis. Bila patient india jerit jerit untuk abrasion wound  yang cuma sikit dekat kaki, aku jadi kurang sabar. Tapi aku diamkan lagi. Bila aku letak bp cuff untuk check tekanan darah dia, dia jerit maki maki aku, cakap sakit. Padahal aku Nampak baru sekejap tadi dia tampar bahu kawan dia pakai tangan tu. Sandiwara yang amat -.-

Aku pun jerit wohoii engko jangan nak berlagak depan aku, jangan nak buat buat sakit , aku tampau engko kanggg ! sambil singsing lengan baju bersedia untuk hadiahkan penampar sulung- heh.

Tapi sayang, jeritan itu cuma bergema dalam hati- lepas habis jerit dalam hati, dan patient tu dah masuk dalam tunggu, aku tergelak sensorang. Lawaknya lahai aku ni. Penakut sangat. Hhaha.

Entah apa yang aku berani.

Tapi bila fikir fikir balik, atleast aku boleh kawal marah aku. Sabar tu senipis mana pun dia, tetap dia ada bersarang lagi. Pesan pada diri- sabar itu iman (:

Aku ingat lagi, first time aku kena marah dengan dr farah mirzana, aku terkelu. Sebab aku tak pernah kena jerit macam tu setelah sekian lama, tiba tiba kena jerit dekat pintu yellow zone. Aku macam down 5 minit, pastu aku pergi depan Syaaban tanya kenapa, aku cakap kena marah sebab lupa nak present umur patient kat doctor. Syaaban gelak ja, dia cakap tu baru sikit.

time tu aku macam dah , oh, ni baru sikit? Maksudnya,there will be another second third fourth and yada yada. And satu yang aku belajar, aku tak pernah lupa lagi dah nak present umur patient kat doctor. Terima kasih dr Farrah mirzana (: !

dan, selepas itu, apa yang syaaban cakap semuanya betul. Hahaha. Banyak sangat , amat-paling kena marah, kena maki, kena jerit. Berapa banyak kali aku menangis tak dapat menahan rasa. Marah sabar bertukar ganti sampai aku hilang punca. Jatuh bangun balik, jatuh kena sergah, bangun balik. Jatuh balik sebab dikata bodoh, aku balik aku belajar. Aku balik aku menangis. Aku balik aku tidur. Aku lupa waktu aku semakin berlalu. Aku lupaa saat dan minit tak berhenti berlumba meninggalkan aku. Dan bila terjaga, cepat cepat aku bangkit, belajar balik segalanya, belajar balik bertatih. Belajar terima semua qada’ dan qadar Allah- belajar redha.

This is my battle, to stop is to die.

Hari-hari berlalu, aku kenal senior senior , mana yang aku boleh percaya untuk kurangkan resah dan gentar dan mana yang aku kena get ready mental and physical kalau assignment aku sekali dengan mereka. Dan, mana satu senior yang memang akan tak ada the whole shift, which means “ syahira, kau nak apa apa, kau tak tahu apa apa, kau survive la sendiri. Aku nak balik, tido. Nanti aku datang, aku punch out” gitu-

Dan, sememangnya dari situ juga aku belajar. Belajar hati dan budi manusia manusia. Ada yang aku percaya seluruhnya, sampaikan aku boleh tak stop bercakap dan bercerita. Dan ada yang aku terlalu awkward, sampaikan nak cakap nak pergi makan pun aku takut-

Ada yang mengajar aku, aku kena pandai beza bezakan naluri rasa dan kena kuat. Lapangkan dada, pasakkan dalam hati, apa jadi kat tempat kerja, jangan bawak balik rumah. Dan apa yang jadi kat rumah jangan bawak datang tempat kerja-

Dengan cara tu, barulah aku takkan mental break down.

Tapi, hari hari aku mental break down sebenarnya. Hahaha. Siram lah aku dengan kata kata motivasi macane sekalipun, kalau aku sendiri yang pilih untuk stress, rebus buku motivasi bagi aku minum pat puluh hari pat puluh malam pun takkan bagi kesan apa apa.

Serius, apa apa pun kau sendiri kena buka hati kau, untuk positive- untuk ambil segala tribulasi yang datang sebagai ujian dan mehnah untuk lebih Berjaya- for a bright future. Gitu-

“ Andai tiada kebaikan pada apa yang kita benci,
takkan ada jua kebaikan pada apa yang kita cinta”- salim A. Fillah

aku ingat lagi, masa practice table top, aku jadi team red zone. Dan , dr rashdan panggil aku sebagai suara-suara halus. Sebab aku tak berani nak ke depan, aku cuma berbisik pada si salam, yang waktu tu salam jadi MO incharge kat red zone. Dan yang paling aku tak boleh lupa, bila boss inject situation, orang orang dekat site semua dah penat dan kelaparan, makanya apa tanggungjawab incharge red zone untuk pastikan keadaan terkawal. Salam cakap hantar makanan kat diorang, incharge keraskan suara tanya, nak makan apa, aku spontan jawab nasi lauk ayam.

Tersedak semua gelakkan aku. Habis, itu ja makanan yang aku fikir kenyang :3

Masa tabletop, aku jadi incharge PPA. lahai, sweetnya memories dengan budakbudak ni, dengan encik syahmi, dengan encik lan. Hahaha

Field triage jabatan, aku panjat tingkap nak selamatkan loges. Seronoknyaaaa feel bila dapat buat something yang kita sukaa, walaupun lepas tu kena banned. Haha.

10/6/2015- firstime aku datang lewat, aku punch in 0705. Pastu takut yang amat takut kena marah macam masa student dulu.  Masuk masuk ja kerja, terus pergi response case, tak berhenti sampai petang. Dan petang tu, ada moulage first responder, aku aku jadi team PRA 1, dan sangat kelaut -.-
Boleh bayang lagi kat kepala muka kecewa ciklan, pn jehan,ciksyahmi, dan muka boss yang macam “ grrrr terukkk! “

At the end, helmeey  (yang berlakon jadi patient) asystole kat red zone. Wassalam-

Ahh dah zohor, lamanya aku menulis. Okaylah selesai part 1-

No comments:

Post a Comment