Monday, December 19, 2016

Fragile

In times, i hate the way how myself have time to broadcast all of my insecurities. I hate on how bold i can be when i start to hate some other thing. I hate when i can't stop myself from pulling and pushing things. I hate myself on things that i never guaranteed.

I love, but the deniable was too strong.
It feels like the ribcage is caving in.
In times, it's tough.
But some other times, it's fine.

Apparently, i was fine.
It just that these days my thought getting wilder.
I thought all the things that i used to think before i start marching my legs in this place.

Why bother thinking syahira?
Why?

The question keep repeating thousand times.
Why bother thinking when you know you can't handle?
Why syahira?

That was the same question i asked myself past few years.
I dont get myself.

I asked a friend on how i can be too stress in times. She said "it was me too sometimes. I can jump out of bed just because of stress and trying to cope with things around" i laugh at her. Because for me it was funny the way she expressed her emotion. And she added "but it was fine sometimes, just dont let those emotion conquer you. Get rid of those bad emotion. Start a new day with hope to be a better person"

Nodded understand.
Because i deeply understand how it feels when the stress blow.
I can kill someone thousand times in my mind.

But then, a few minutes pass . And i all fine. All okay.

I just need myself.
To love myself is the hardest things to do.
I enjoy my story.
But in high pitch sometimes i cant cope.

I just need a book to read.
A song to listen to.
And someone to express how i feels.

But enough at that point. I am a cry-baby
I want to gamble life.
I want to ramble to someone about my things.
From a simplest thing.
I want to tell someone else about how my handsock got soaked with blood. I want to brag out about how a patient said i look pretty today. I want to yell about my new lipbalm got smashed in washing machine and all the simplest thing.

But yes. Instead of telling , i have to learn to endure.
I dont have any confidence to tell.
I might burden someone else on my melancholic stories.
I just dont want to buy extra time from people.
Because i know, everyone got their own messy problem😭

And that was the reason why i was too fragile.
I break down so easily -

In a second i can cry.
Then, i stand again.

My life was too difficult. Poor my man.

But yezza now i finish writing, and i feel refresh. Now i knew which part of myself is broken. The heart and lupdup  part is torn.

I have to pull myself together.

"Things doesnt kill you , will make you stronger"

Ain't?😊





Monday, December 12, 2016

Seorang Muhammadku : cinta

Sebelas-doblas-nambelas

Tiada apa yang memberat di sini.
Cuma mahu mencoret sedikit memori.
Kelak nanti bila masa berlari.
Tidaklah aku terlalu lupa.
Bahwa kita pernah sama sama.
Memilih haruman buat mama.

Rasanya sudah terlalu lama.
Aku pendam saja apa yang hati berkata.
Sekarang aku sudah mulai rasa.
Bagaimana erti bangkit kembali seusai segala.

Itulah hati.
Terlalu risau terluka.
Sehingga langsung tidak dibuka untuk sesiapa.
Walhal rasa mahu itu berlegar sentiasa.

Beribu kali selain kau aku menolak.
Bukan mahu bilang aku gila tidak bertalak.
Cuma saja hati begitu setia dengan kata tidak.
Sehingga kau datang meyakinkan aku
Bahwa untuk berkasih sayang tidak perlu syarat yang perlu cuma waktu.
Diiring doa usaha dan tawakkal pada yang Maha Satu.

Terima kasih sayang.
Menjadi penyelamat pada hati aku.
Dari jatuhnya sia sia pada dunia yang bisu.

Terima kasih sayang.
Tidak mengeluh pada aku.
Tiap kali aku meluahkan rasa tidak yakin akan engkau.

Terima kasih sayang.
Selalu berusaha untuk tidak menidakkan aku.
Pada engkau aku pilihan yang engkau yakini.
Sedang pada aku.
Engkau syurga yang belum tentu aku miliki.

Terima kasih.
Engkau wujud sudah aku syukuri.
Apatah lagi engkau sudi menghulur janji.
Dan janji yang engkau beri engkau ertikan lagi.

Allah.
Pada Engkau aku meminta.
Semoga tidak aku tersalah dalam doa.
Doa aku moga Engkau dekatkan dia.
Seandainya dia yang Engkau tetapkan terbaik buat aku dan agama.

Wahai Allah.
Engkau Yang Maha Tahu
Apa yang kira aku
Belum tentu Engkau restu.
Maka wahai Allah,
Dengan janji Rahman-Mu
Kasihkanlah aku dan dia itu.
Walau jalan yang bakal kami lalu
Penuh duri dan liku.
Dengan janji Rahim-Mu
Sayanglah aku dan dia itu.
Walau dalam apa saja takdir yang Engkau mahu.

Aku yakin janji-Mu.
Dan dia juga begitu.
Bahwasanya aku dan dia cuma merencana.
Dan Engkaulah yang Maha Merencana.

Sungguh.
Untuk berimpian itu sudah cukup membahagiakan.
Sehingga tidak terasa mimpi belum tertunaikan

Tidak terbayang andai Tuhan benar mengizinkan.
Aku dan engkau.
Semoga saja Allah merestui.
Segala impian dan cita.
Menjadi mimpi yang nyata.

Syahira Haura'
12/12/16
0524am

Thursday, December 08, 2016

Taftheer

Satu masa kau akan tahu, kenapa Tuhan jadikan hati engkau begitu batu dan bisu.

Tidak semua kata kau perlu sebut. Tidak semua rindu kau perlu eja. Tidak semua rasa kau perlu cerita.

Ada pada tiap tiap huruf itu, setiapnya punya suratan yang belum tentu engkau kuat untuk lalu. Makanya, bila engkau tidak digambarkan dengan indahnya perasaan, tahu sahaja bahwa kau belum terlalu kuat untuk itu.

Tentu saja, orang bilang karangan ini tentang cinta. Tapi tidak mustahil, ada yang memahaminya sebagai satu jasad yang sedang mendalami cinta. Fahamilah mengikut versi yang kau mahu.

Tidak semua cinta itu kolot. Dan tidak semua cinta itu hak.

Ada pada sebahagiannya adalah keindahan yang tertajam. Yang bila dilupa terasa sakit, yang bila dilalu terasa bangkit-


Dua hati

Aku kira masa aku sudah tiba
Aku tidak pasti
Apakah satu perasaan dari dua keping hati
Allah izin menjadi saksi
Pada sebuah kata kata yang menjadi janji

Aku kira satu hingga lima
Tetap hati kuat tanpa sebarang dilema
Aku jadi yakin pada janji Yang Maha Esa
Bahwa setiap insan berpasang terciptanya

Wahai segenap jiwa yang bercinta
Ingatkan disetiap pembuluh dan rongga
Bahwa cinta manusia tiada kekal selama
Tetap Tuhan jua tempat berserah segala

Andai sudah terasa serunya bersatu
Langkahkan kaki usah terburu 
Pasti akan tiba jua satu waktu
Allah izin dua hati menjadi satu

Semoga Allah kuatkan ikatan
Satukan doa kita menjadi harapan
Lalu ia gah bergemerlapan
Hingga ke langit syurga cerah berkerlipan


Sunday, October 30, 2016

memory lane of HSI

it was fluttering all over.
it feels like the very very very first time. 
though i know i just come to sending over a patient, but i was like burst into tears. I was so nervous , and was thinking about what should i say. 

i know, i left a bad impression. I wasnt good to everyone back then. Budak lurus yang tak reti berborak. Tapi, sungguh. Sayangnya aku pada mereka mereka, tak terucap dengan kata-kata. I miss them . Too much. If and only i wasnt the one yang ada problem dekat situ, right know it must be me yang kelam kabut kerja kat situ. Haha. I miss them. Seriously (':

Anyhow, the what if's will never happen. Right now i am here. Typing the dreams and the memories in an old-blog.

i miss them.
i miss the old-good times.
i miss the sound of the bell.
i miss the floor. The walls. The old-wooden triage counter. The library.
i miss every single things about them.

My first time coming over after almost 11th months left.
Reminds me all the bitter-sweet memories. And my first time working as a triager with syaaban. Oh menggg syaaban again. Hahaha. Sebab dia orang first pagi pagi hari yang cakap aku pregnant jadi aku ingat dia sampai sekarang. Hahaha. Bangunan yang simpan macam macam kenangan. Ups and downs. Tunggang terbalik, tergolek terlentang. 

Allah, i feel so blessed to know every one of them. Allahu.

to touch again to a place which i see myself growing up to become stronger.
to come again to a building which hold thousand of memories.
to see once again those faces which i owe a lot.
to step my feet on the place which i learnt to understand life and see myself as another version of person.

Allah, seriously i can't expressed how exactly it feels. I feel so blessed Allahuakbar.

after leaving the main gate, i was crying inside the ambulance. I try to cool down but my heart won't allow. I miss them. I miss all my friends. I miss all my seniors. Memories running so wild inside my head.

Now i know the feeling of goodbye without leaving. It feels like already living for thousand- years just because of the overflowing memories. If thinking of the old-good times was happen to be a flower, i might walk in the garden full of flowers everyday.

May Allah take good care of them. Guide them . Bless them. May one day we'll meet in Jannah. The forever palace for those who Allah favor. Amin-

Semoga , aku tak pernah lupa nama nama mereka dalam doa aku. Dan semoga, aku bertahan dan tetap menjadi anak anak panah islam yang bekerja kerna Allah- walau apa pun yang jadi. Walau di mana pun aku tercampak.

semoga-



Tuesday, August 30, 2016

satu ke sepuluh

10 things i love the most these days:

1-mimi asmida
2-sudoku
3-air sirap pandan
4-jaga triage.
5-secret love song , by litle mix ft sapa entah tu tak ingat nama dia
6-perfume enchanteur paris princesse yang harga tak sampai 20 hinggit tu
7-the pojok coffee perisa latte pastu ada letak topping fresh cream. sedappnya
8-pergi kerja pakai tshirt pastu sarung jacket. Selesanya tak payah pakai uniform.
9-doodling !
10-hujan :)

satu. mimi asmida ni teramatlah cool. Dia tak kisah apa orang cakap. Dia buat bodoh ja. Pastu, dia selalu happy. Tak pernah la dia menangis. Tapi kan, dia annoying suka sangat mengusik. Ish, sayanglah mimi wanita perkasa ni.

dua. Sudoku dah masuk level hard. And memang real hard. Berejam fikir nak penuhkan satu kotak tu. Tapi, addicted. Bolehlah time nak lupakan sesuatu yang menyakitkan jiwa dan raga, main sudoku confirm lupa. Sebab stress kepala otak duk fikir nak siapkan sudoku haha.

tiga. Air sirap pandan. Haritu ada minum sekali kat kenduri akikah. Pastu sampai sekarang cari tak jumpa kat mana. Nak buat sendiri sampai sudah tak terbeli daun pandan. 

empat. part paling best time kerja bila tengok assignment kat triage. Sebab takpayah pandang muka doktor, dan tak payah pandang muka staff nurse yang kerja nak menyuruh orang ja. Adik, ecg. Adik set line. Adik vital sign. Ingat aku student agaknya -.- dia buat apa? duduk kat kerusi tak habis habis dengan reportnya.

lima. Secret Love Song. Lagu ni aku dengar dari si fahmi. Pastu dah dengar sekali terus download. Muzik dia best. Sukaa dengar!

enam. haritu pergi guardian, nampak satu kotak warna pink. Cantik. pergi tengok, perfume rupanya. Tryla kan, pastu wangi pulak. Macam manis manis ja bau dia. Tengok kotak dia pun dah jatuh cinta, makanya terus beli. hahaha.

tujuh.TPC tu air kat butik waris iman. Mak aih, sedap betul kopi dia. Melimpah limpah. Dua hari minum pun tak habis. 5 ringgit ja satu. Pastu kalau pergi butik tu boleh makan ikan keli goreng sekali kat kedai no name kat sebelah dia. ahha! 

lapan. sekarang pakai uniform macam rimas. Sebab aircond macam problem. So, kalau kerja malam, takpun double shift, aku balik tukar baju, pakai tshirt sarung jacket , Ehee. Selesa nak buat kerja. Walaupun tahu salah. 

sembilan. doodle! aku rasa aku boleh jual lah karya karya aku ni. Cantik sangat aku tengok. hahaha.

sepuluh. Hujan (: kau tahu kenapa? sebab aku pun tak tahu. Perasaan halus yang aku tak reti nak luah. Allahumma soyyiban nafian.

sekian huraian panjang dari syahira. Gadis kerdil yang sedang cuba ubah mind set untuk jatuh cinta dengan segala benda yang ada depan mata.

semoga, bertambahnya kecintaan, bergandalah rasa syukur. alhamdulillah.

notakaki: selamat hari merdeka malaysia! esok kerja pagi sahaja, ada orang nak bagi aku ot petang tak? hiks. KA kot, 


Saturday, August 13, 2016

kotak lama

jam sebelah empat puluh tujuh minit malam. Baru selesai menyusun kembali buku-buku , ada yang sudah berhabuk- lama terbiar barangkali merajuk.

Membuka kotak-kotak lama yang aku angkut ke mana sahaja aku berhijrah. Dari zaman sekolah menengah, matrikulasi, kolej, ppw, hingga sekarang sudah bermastautin aku di johor. Kotak itu masih setia. 

isinya aku godeh satu persatu
banyak surat yang aku tulis tidak pernah sampai ke tangan tuan nya. Aku buka diari lama. Banyak kali aku selak helaian demi helaian.

ahh, kenangan. Mengusik sungguh. 

kotak lama, yang menyimpan seribu kisah. Yang setia menjadi peti besi aku menyimpan segala kenangan-

tergerak aku membuka sepucuk surat. Tulisan kemas menghiasi dadanya. Terbayang aku si penulisnya, seorang sahabat yang sangat teliti orangnya. Luahan perasaannya tentang aku yang berubah, tentang aku yang tidak pedulikan perasaannya. Juga tentang aku yang mementingkan diri.

aku kira, aku memang berubah. Semua benda yang terjadi dalam hidup, betul mematangkan aku. Walaupun tidaklah sematang mana, tapi aku dapat rasa kini aku sudah boleh tolerate dengan emosi bila berbicara. *tapi terkadang tewas juga*

tapi, kata orang manusia itu sendiri sifatnya berubah. Tidak tetap dan tidak sekata. Seperti mana kitaran hidup, ada atas dan ada bawahnya. Jadi, berapa kalipun kau berubah - mahu ke kiri atau ke kanan, mahu tunggang mahu terbalik- letak sahaja Allah sebagai pemacu arah dan niat, inshaAllah kau takkan lari jauh jauh.

ah rindunya pada sahabat yang selalu sadokan aku di jalan dakwah.
yang selalu ingatkan aku bila tersilap langkah.

sekarang,tercampak di daerah sini.
cuma mampu merangkak kembali tiap kali jatuh. 
bertatih menjadi kuat.
dari hari ke hari.

semoga seorang syahira tidak penat
apatah lagi putus asa.

seperti haura' yang selalu didamba-
sang bidadari yang setia.

amin-

sudah jam duabelas empat puluh lapan minit pagi. Dan esok double shift lagi.
semoga, hari esok lebih baik dari hari ini.

bahagia itu pilihan syahira. Semoga tenang dan lapang. Allah ada (:



it is hard to stop loving the ocean,even after it has left you gasping-sarah K.

Wednesday, August 10, 2016

diam-

bila diam menjadi jawapan-

aku sedang berusaha, bermujahadah untuk menjadi makhluk yang taat. Tapi, aku dapat merasakan jauh di sudut nubari, aku bukan lagi seorang syahira seperti suatu masa dahulu.

kadang aku cuba sedapkan hati.
"oh tak apa. Mungkin itu revolusi dakwah ke atas aku"

tapi hakikatnya, akal aku sedang merencana sesuatu.
sesuatu yang hati aku sendiri tidak memahami-
gagal menurut rentak.

kira aku, bila aku bersuara meluahkan apa yang terbuku, aku akan bebas dari cengkaman dendam dan pendam. Tapi aku silap. Bila aku bersuara, banyak hati yang tersakit.

suara aku perlahan, tapi tajam menikam.

"syahira itu, jangan main-main. Nampak saja senyap tu, kalau dia membalas huhh~~~"muka cemik

begitulah ayat manusia.
tidak pasti cemuhan atau pujian.

anyhow, i take that as a compliment.

langkahan aku makin jauh.
makin cuba mempositifkan diri, makin banyak negativiti terlahir.
hailaa syahira.

bagaimana lagi harus aku betulkan.

manusia sudah mula takut akan aku. Dan aku pasti, takut mereka kerana bimbang aku membalas. Bukan kerana sayang mahupun hormat.

aku begitu mahu disayang.
seperti anak yang disayang ibu-

apa harus aku ubah lagi?

aku terlalu semborono mungkin. Bersuara harus berfikir.

ingat syahira.

being quiet doesnt indicate that you are stupid; being articulate doesnt show that you are bright; someone who is intelligent only speaks whenever is needed. Keeping quiet is far better than a dim-witted who talks all the time-HAMKA

keeping quiet is far better-
far better-
better-

cuba jadi makhluk, yang apabila berkata kata dia menjadi peringatan kepada orang lain untuk mengingati Allah-

because a mukmin when talking is zikr; and when keeping quiet is fikr- Aiman azlan.


try syahira.
train yourself to talk less.
less talk-think more.

tidak apalah. Silap dahulu jadikan pengajaran. 
semoga,
sentiasa menjadi seorang syahira yang lebih baik.
seperti yang dicita-citakan.
mujahadah demi Tuhan.

semoga seindah Haura' 

amin
amin ya Allah-


Wednesday, July 27, 2016

sejengkal-

sudah lama tidak merasa manisnya penat.
sudah lama tidak tersentuh pada indahnya syukur.

terkadang duduk sorang sorang, bila penat bekerja- terasa betapa beruntungnya aku masih hidup dan bernafas. Padahal, adakala detik dan saat aku lupa pada Tuhan yang Maha Mencipta.

semakin bertambah tua ni,perasaan semakin sensitif. 
dah memang sensitif, berganda ganda lagi sensitif.

tapi, sudah semakin kental. Tak lagi menangis entah apa apa. Sekarang, orang cakap maki hamun ke apa benda semua, aku sudah pandai pekakkan telinga. Kadang aku balas sepatah dua kata. Tapi itulah, aku dikatakan berubah pula.

ahh manusia.
dulu, kau juga yang minta aku kental.
sekarang, aku dikatakan berubah.

dulu, kau minta aku buka segenap hati dan perasaan.
kau minta aku jadi orang yang memberi sepenuh jiwa pada apa yang ada.
dan kini,
bila aku begini aku ditanya.
di mana aku yang dahulu.

kosong.
sungguh aku kosong.
ibarat sifar yang tiada bulatnya.

setiap kali merasa kosong, aku sudah jumpa apa yang aku mahu.
Tadabbur pada ayat ayat Allah-
seolah merasa indahnya nikmat Islam sedang aku hamba yang sering leka.

hari ini.
surah At-Takwir aku selak.
jantung laju seolah berlari.

surah yang bercerita hakikat Kiamat-sesuatu yang wajib kita imani. 
seram sejuk diri ini. Teringat dosa dosa. Sempat ke aku bertaubat? bagaimana akhir hidup aku?

ayat 1 hingga 14, Allah cerita bagaimana dasyatnya kiamat.
hingga tak tergambar kemusnahan.

ayat 1, mula mula ayat tu Allah dah sebut apabila matahari digulung-

matahari yang Maha panas Allah gulung? macamana tu? kalau Merapi meletus pun kampung sekitar tu habis hamcur, ni kan pula matahari Allah gulung!

Allah, tak tergambar dasyatnya!

lalu, aku jadi enggan fikirkan segala masalah.
seketika, perasaan benci dalam diri lesap.
yang bersisa hanyalah takut.

dan sungguh, yang paling aku takuti adalah diri aku sendiri.
takut satu masa , aku sendiri yang berpaling.

naudzubillah!
moga mati kita,
dalam husnul khotimah.

sebaik baik kematian.amin





Saturday, July 09, 2016

telefon tangan-

Phone aku terjatuh dalam toilet. 

Walaupun aku berjaya menyelamatkan handphone yang penuh kenangan itu dari lemas, aku tetap tidak berjaya membawa dia kembali hidup.

 Dan bermulalah aku hidup tanpa media social. 
Aku bangun sahur tanpa alarm.
Lepas sahur aku tak tidur, takut terlepas subuh dan kerja.
Dan aku berjaya menahan nafsu dari perkara yang sia-sia.

Tanpa handphone, banyak masa aku dihabiskan dengan alquran.
Tanpa handphone, waktu tidur aku menjadi awal, maka aku bangun sahur dengan bersemangat dan badan segar untuk bersujud kembali kepada Tuhan.

Sungguhlah, sebiji handphone itu menjadi racun kepada hati. Niat aku untuk mengumpul duit membeli iphone entah mahu diteruskan atau tidak.

dan kemudian, aku balik kampung, aku mengadu pada abang kesayangan aku. Sahur pagi itu, tiba tiba dia hulurkan kembali phone aku. 

aku termangu. Eh, phone aku dah sembuh! flawless. Macam tak pernah jatuh dalam lubang toilet lagaknya.

maka, aku kembali lagha.

sebelum tidur, scroll dulu instagram. tengok kedai kedai tudung lah. baju lah, instagram orang tu, orang ni. Tidur lambat. . Nasiblah duduk kampung, mak ada untuk kejutkan sahur. 

teruk.

lalu, di sepuluh akhir ramadhan, aku lupakan handphone. Cuba mengehadkan diri dari memegang handphone.

aku mahu kejar ganjaran dari Tuhan. Bukan selalu. Setahun cuma sekali.

alhamdulillah, aku lepas dari nafsu walaupun ada masanya aku gagal jua

aidilfitri menjelma. perangai lama kembali. 

dan entah macammana, firrah dina anak saudara aku campakkan handphone aku dalam air sirap.

rosak lagi sekali..

abang aku tak lagi dapat selamatkan phone aku.

kata abang, kena repair kedai ni, baik beli baru.

farewell to my pretty dongyi-handphone kesayangan. Susah senang aku ppw dia lah yang selalu ada, menjadi tempat aku melepaskan rasa serabut dan hiruk pikuk alam.

lahai. 

semoga menjadi pengajaran untuk aku, untuk tidak lagha dengan handphone lagi.

toilet sudah sirap pun sudah.
maka yang tinggal hanyalah seruan bertaubatlah.

jangan sampai dunia pegang hati engkau.
itu baru handphone yang Allah ambik, kalau Allah ambik nyawa? 

cemana syahira?
dah ready ke kau?

gulp!

selamat berehat dongyi.-

jika suatu hari engkau ada pengganti, akan aku cuba untuk mensolehahkan engkau. Menjadi handphone yang solehah, yang menjaga adab dan batas bersosial.

moga moga.

#pray4syahira

Saturday, May 14, 2016

Aku masih tidak berganjak.
Walaupun aku lihat,
Kau sudah seribu langkah jauhnya.

Aku masih tidak melangkah,
Kenangan masih terlalu mengikat,
Memori masih terlalu ketat.

Aku tidak tahu
Apa yang membutakan mataku
Dari melihat indahnya sang jaka lain
Bagi aku,
Engkau tetap yang selalu dalam mimpi aku
Hingga tiada ruang buat sesiapa yang mampir mendekat.

Banyak kali aku cuba
Berusaha untuk menerima
Tapi di akhirnya
Aku menyesal memberi harapan

Engkau terlalu utuh
Hingga aku menjadi rapuh
Aku percaya di tangan Tuhan segala takdir dan jodoh
Dan aku yakin
Pergi engkau pasti bersebab.

Terlalu awal engkau pergi
Di saat aku belum sepenuhnya matang
ah bodoh benar aku ini
Meluahkan segalanya tentang engkau
Padahal mustahil engkau akan berpatah pada aku
Engkau sudah punya hidup yang aerba sempurna
Di sisi engkau seorang wanita yang juga sempurna

Maka
Aku harus belajar melupakan.

Belajar menerima, hidup ini selamanya tidak pantas seperti apa kau mahu.
Kerna, Tuhan itu lebih tahu.

Friday, May 13, 2016

Meraban

Aku semakin penat dengan apa yang aku lalui saban waktu. Tiada rasa dalam setiap tingkah. Tidak bersemangat. Longlai.

Saban hari, pergi kerja adalah semata mata kerana tuntutan kerja. Tiada hati yang aku serah pada kerjaya aku. Pulang saja ke rumah,baru aku menyesal. Menyesal kerana sia sia kan satu hari yang sepatutnya menjadi ladang pahala buat aku. Menyesal kerana sia siakan satu ibadah kepada Tuhan.

Apa lagi yang aku mahu?
Setelah apa yang Tuhan hidangkan buat aku?
Apa aku masih lagi buta tuli dan bisu?
Seperti firman Tuhan di dalam albaqarah itu?

Allah,tidak mahu aku menjadi hamba yang tidak Engkau redha.

Silap aku.
Tidak seiringkan kerja dengan iman.
Maka pulanglah aku dengan penat.
Sedang pahala belum tentu dapat.

Aku terkadang berfikir, aku mesti buat sesuatu untuk ubah sisi pandang aku pada kerjaya aku.
Aku cuba pernah tolong semua orang , tapi akhirnya aku yang makan hati. Ada ke patut aku kena hantar kes wad ke JB. Padahal tu kes wad, staff nurse la pergi
 Suka hati sister tu ja nak arah arah aku. Aku tak berani bersuara, dan aku sangat harap akan ada yang bangkit bersuara. Tapi ternyata, ada benarnya kata orang tua tua. Berhati hati memasang perangkap tikus, nanti ular yang datang menyinggah
 Aku pun tak tahu ni peribahasa mana aku kebas, aku main bantai ja sebab aku dah tak ada idea. Tapi memang aku marah betul lah time tu. Memang tak logik MA pergi kes intubate kat wad. Apa guna staff nurse reramai kalau nak suruh orang ed jugak pergi. Aa nyampahlaaa aku. Aku selalu kena buli! Tunggu la sikit lagi, aku beli biskut aku makan sorang sorang tak ajak orang ! --"

Kadang kadang aku nyampah dengan diri aku sendiri, entah apa apa ja . Dahla malas la cakap lagi dengan kau syahira. Kau tidurlah wei.

Monday, April 04, 2016

tumbuk tiang

hectic night shift-with not enough staffs and too much annoying patient. Allahu, i'd lost my patience at the very least of time.

Allah.

hanya sebab seorang kawan aku tarik aku punya tali jacket sampai putus. And, i did throw a tantrum over that very smallest-tiny things! Allahu syahira!

benda besar engkau boleh sabar, tahan segala amarah. Takkan kau kalah dengan those simplest thing. Like seriously.

dia tarik tarik jacket aku.
aku cakap jangan.
dan aku bangun, dia tarik lagi.
dan terus putus.

aku pandang dia.
dia cakap dia tarik perlahan ja. Takkan boleh putus.

dan, aku cakap.
Tak suka lah macam ni!
suara mencanak satu oktah-

dan aku pergi, tinggalkan dia.
terkilan dengan dia.
ini jacket favourite aku.
sampai hati dia.

lepastu, aku lari belakang.

Aku geram. Orang suka buat aku macam tu macam ni. Sebab aku tak cakap kalau aku marah, jadi bila aku marah orang gelak, orang ambil mudah.

tapi sekarang, aku rasa bodoh. Bodoh yang amat. Aku dah calarkan perasaan kawan aku sendiri sebab benda simple macam tu.

Allah boleh ampunkan aku untuk segala dosa aku siang dan malam- tapi kenapa aku tak boleh hadam dan maafkan orang lain untuk benda semudah dan sekecil tu.

hebat sangat kah aku sampaikan begitu besar kepala sesama manusia?
walhal mati nanti, sama juga aku dan dia-tanah jua tempat aku.

Allah, sakit kepala aku layan geram sendiri.

kawan, maafkan aku kerana terlalu beremosi-dan cengeng sekali.


Tadi, masa tengah geram aku lari belakang. Tumbuk tiang yang tak berdosa. Sakit buku lima kanan aku. Menyesal tumbuk betul betul, nak acah acah ja tadi. Kekonon superman la aku ni, ceh pengaruh movie sungguhlah -.-






Wednesday, March 02, 2016

getting older T.T

And so syahira, happy 23 J

Every year since I leaving home at the age of 13, I started to write things on my diary. And since then, I never failed to make my 10 things wish list for a year.

And this year, i realized something. Those things I jotted down, I never make it true at least once. Just because of I can’t make myself stick to the things I should to. So this year, the last wish I wrote in my diary is to accomplish all the 10 things – list before 2nd march next year wkwkwk

Hard for me, but yes I have to sacrifice somethings since aku dah makin tua nih

And so, syahira. Apa cerita birthday kau harini?

Harini macam bisa, bangun solat subuh Alhamdulillah dapat habiskan satu juzu’! yeah cheers for me, hahaha jarang aku dapat buat cemtu, pastu aku godeh godeh phone aku tulis wishlist aku,aku scroll gambar gambar lama, haih rindu lahai nak hiking lagi.

Pastu masuk kerja, harini ambulance call tak putus. Semua cakap aku Jonah tak mandi. But what can I do, murah rezeki macam tu lah kan. Patient pelik pelik ja datang harini, and yang paling best aku tak sempat makan ,kalah doctor. Habistu patient datang burn la, terlingkup kuali minyak panas ,bekas US army nearly amputated kat fourth finger . Kena buat refashioning, mahu aku buat 2-3 jam.  Pastu ambulance call, MVA, fainted, confirm death, body weakness, and yada yada yang buat emergency department petang tadi agak kelam kabut.

 Rindu pulak HSI, agaknya apa khabar ye makcik sinar jernih pakai tudung hitam lipat pat segi,selalu kerja malam, kurus kurus, makan bekal selalu tu?

And so,latest catatan :  29hb aku dapat anak saudara baru, anak kakngah, dan harini result STPM adikkak dah keluar, adikkak got CGPA  3.5, congratulation kakngah and adikkak.

And I think, that’s why semua family member’s lupa nak wish aku. T.T hahahaha. Takpelah, aku bagi chances kat anak sedara baru, baby 29th February  untuk merasa kasih sayang semua orang dulu, nanti aku balik aku rampas balik. Ngehngeh- Aisha Medina, siap medina nanti cikra balik ,cikra tak bagi semua orang peluk medina.  Biar cikra sorang je peluk :3

Ada lagi apa apa aku nak tulis sempena hari setahun sekali aku ni?

aku ajak housemate makan sate, tapi tak sesedap sate 69 yang aku selalu makan kat HSI dulu. Tahun ni macamtak kisah sangat bab birthday and all. Mungkin sebab aku dah tua agaknya, so feeling dia dah ke arah nak fikir masa depan, nak travel around the world. Gitu-

Mama aleng wish birthday aku :D

And,
Oh ye,benda paling kena highlight-  crush aku zaman sekolah pun wish birthday aku, ingat dia dah lupa. tapi aku macam biasalah- sebab dah move on jadi terpaksalah sorok sikit happy tu, nanti takde orang aku melompat sampai ke bulan bintang sensorang bhahaha-

Sengal lah syahira, campak laut baru tahu -.-

Okaylah, selamat ulang tahun kelahiran syahira !

Semoga Allah redha setiap langkah aku-
Dan memberkati emak dan abah aku.

amin-

#nowplaying Only Love (:
kawah ijen:26 februari 2016

Monday, February 08, 2016

perempuan dan cemburu

dari awal aku mula mula kerja, aku tak ramai kawan perempuan. Boleh dibilang dengan jari. Kalau ada pun, itu lah kawan serumah. Aku tak reti nak berkawan, tak pandai nak bergurau, tak tahu nak usik mengusik orang lain, melainkan bila aku dah kenal dia dan dia selalu usik usik kacau kacau aku dan bila aku dah selesa dengan dia baru lah aku boleh bergelak sakan tak ingat dunia. Gitu.

dan, hidup dikelilingi geng martin dan justin macam ni sungguh la tak tenang. Bukan sebab mereka yang buat aku tak tenang, tapi the boundaries between us. Itu yang menjadi sebab kenapa seorang isteri boleh cemburu dengan seorang suami, walhal aku ini langsung tak pernah terlintas suka or whatsoever kat dia punya laki.

begini, kalau keluar makan memang akan keluar ramai ramai. Dan, carpool tu perkara biasa. Satu kereta naik pat lima orang, selalu lepas habis kerja ja mesti ada yang ajak makan berjemaah. Pernah satu kali, aku tertinggal wifi dalam kereta yang aku tumpang. Bukan sebab aku sengaja, tapi tercicir. Kawan aku tu bawak kereta macam apa ja, tercampak aku kat seat belakang tu, Nak ditakdirkan Allah, wifi aku tercicir dan aku tak perasan. Sungguh aku tak ada niat nak mengorat laki orang ke hapaaaa, ramai lagi kawan kawan aku yang naik satu kereta dengan aku time tu.

sungguhla aku tak tipu. T.T

dulu, masa kat tempat kerja lama, aku pernah kena maki kena hamun dengan girlfriend seorang lelaki teman sekerja aku. Teruk aku kena, perempuan tak guna, minah gatal, tak padan dengan tudung labuh dan macam macam lagi lah. Puncanya, sebab boyfriend dia save no aku dalam phone satu lagi, yang girfriend dia tak tahu pun kewujudan phone tu. Aku bercakap dengan lelaki tu selalunya kat tempat kerja tak ada langsung perasaan lain yang wujud. Aku penat, sampai sekarang aku kena makian orang tak puas hati dengan aku. Message aku bukan bukan dekat facebook, bila aku tak reply marah marah.

one day,if i get married to someone i will testify myself to not being jealous. Jealousy can kill you and your age. 

tapi, tengoklah dulu macam mana, kalau aku cemburu pun paling paling tidak aku spray ridsect ja kat muka laki aku, biar laki aku suffer dulu baru orang ketiga,tu pun kalau betul betul wujudlah. hahaha. 

subhanallah, leganya rasa perasaan dapat tulis. Hahaha. Okay dah, aku berdoa, moga Allah jaga hubungan kalian suami isteri, dunia sampai syurga. (: 

dan moga, aku dijauhkan dari fitnah. amin-

Sunday, February 07, 2016

apabila langit jatuh cinta. .

apabila langit jatuh cinta pada bumi,
ia tidak bisa menyentuhnya.

lantaran jarak yang dicipta Tuhan,
maka sang langit patuh.
untuk tidak melanggar hukum Tuhan.

lalu, siang dan malam sang langit menghantar cinta,
pabila gelita malam mengcengkam bumi,
sang langit hadirkan kerlipan bintang dan bulan,
buat pencerah jasad sang bumi.

dan bila sang bumi tandus dan sakit,
sang langit menghantar hujan,
buat membasah jiwa sang bumi,
dan menghampar segala rindu yang dipendam.

lantaran itu segarlah bumi,
dengan kasih sayang dari langit.

walhal,
tidaklah pernah bumi tahu,
bahwa ada langit yang selalu merindukannya.
Terlalu asyik sang bumi menghitung debu,
hingga terlupa cinta dari langit.

manusia begitulah,
terlalu asyik dengan cinta yang fatamorgana,
hingga lupa ada Tuhan yang selalu menghantar rindu.

semoga manusia lebih tahu,
ada cinta Tuhan yang selamanya ada.



Sunday, January 24, 2016

politikus

hidup ini semakin jauh kita teroka, semakin banyak perkara yang tak pernah kita jangka akan jadi. Aku bercakap bukan kerna aku serba tahu, tapi cuma dari perspektif mata kasar aku.

aku bukanlah bercita cita mahu jadi politikus or whatever you named it
cumanya , aku jadi tak puas hati bila orang orang sekeliling aku rosak disebabkan adanya orang orang politik yang terlalu membabibutakan mata sendiri kerana rakus mahu menelan wang dan pangkat.

sudah nyata judi piano( yang main tekan tekan ) tu sudah sah sebagai judi, maka mana tindakan orang-orang atasan untuk hentikan semua mungkar tu?

haritu berborak tentang dadah dan judi, yang sudah nyata merosakkan masyarakat. Tapi, pengakhiran dari perbualan tu hanya dengan menguis nasi lemak wak kentut.

tiada jawapan.

soalan aku dibiar tanpa jawapan. Bukan sebab tiada yang memberi jawapan, tapi kerana jawapannya seolah memberi aku semakin banyak tanda tanya.

"dah kalau dah tahu dia ambil dadah, kenapa tak report ja kan senang"
"syira kau jangan fikir straight macam tu, kau fikir bila kita report dah nyata dia nanti kena buang kerja, dia ada anak bini, siapa nak tanggung?"
"tapi, tetap kena stop. Dari mana dia dapat dadah tu, kenapa dia boleh dapat senang macam tu. Mesti ada sumber. "
"kau tahu tak, harini polis tangkap penjual dadah, esok dua kali ganda lagi dadah tu diproses. Dan orang yang kena tangkap tu terlepas dengan alasan tiada bukti kukuh. Kau percaya tak benda ni semua boleh jadi?

" kalau dah tahu situ pusat judi kenapa tak ada pun tindakan nak tutup? report lah nanti polis serbu kedai tu"
"kau tengok genting highland, situ dah terang terang pusat judi, tapi apa kerajaan kita buat? ada dia pergi serbu? tak ada kan"

"duit syahira duit. Kau ingat orang jual dadah tu makan sorang sorang ke? orang yang buka pusat judi tu kaya sorang sorang ke? takkkkk. Orang atas yang tukang tutup dia tu pun makan sekali"

hakikat syahira, benda macam tu memang ada.

aku terdiam. Sungguhlah tak ada jawapan. Sungguh. 

aku pandang salam, farhan, rahimah dan mimi. 
semua diam.

paan dan salam dengan rokoknya.
mimi dan rahimah menghabiskan butir nasi terakhir di pinggan.

dan aku, merenung ke arah tagline nasi lemak wak kentut sambil berfikir, kenapa wak kentut? 

sampai bila pun tak akan habis. 
fade up aku dengan malaysia, sungguhlah lepas ni aku taknak undi kerajaan lagi.

Saturday, January 16, 2016

demikianlah aku

apa adanya aku
cuma ceritera kosong
yang berlagu
mengikut irama yang bermain

apa adanya aku
selalu bisu pada yang dibenci
tidak berbunyi
hingga perit hati menanggung

aku pada apa adanya aku
tidak istimewa

sedangkan yang dimahu tidak didapat
apatah lagi yang indah

masakan aku bisa dapat?

Allah, sungguh jikalau ditilik hati aku.
Aku sedar banyaknya dosa melebih pahala aku.

Namun Tuhan,
aku sedar diri ini
aku sudah serba cukup
namun syukur masih tidak pernah ada.

langkahan aku makin panjang
lantaran musafir aku di tempat orang

tidaklah mahu aku berlari
hingga lupa siapa diri

cukuplah Engkau Tuhan aku
yang tidak pernah dua bahkan selamanya Satu.

Allahumma anta rabbi, la ilahaillah anta.
3laika tawakkaltu wa anta rabbul 3rsyil karim-



Wednesday, January 13, 2016

sis, move on please.



ya Allah, its tuesday already! 

time, you sure flies too fast T.T
i got my one day break for the first time since 7th Disember 2015.

and, i feels awkward with nothing to do at home. 

thankyou incharge for giving me a break, kalau tak asyik kerja aja. Lepas malam naik petang, naik lagi pagi petang pagi petang sampai dah tak kenal jalan balik rumah.

tadi, masa scroll facebook mata aku tertancap lah pada satu gmbar wedding. Surely very pretty . Happy for her. Tapi sebenarnya aku happy sebab dulu sisturr ni aku anggap macam rival aku, haha. 
Sisturr ni minat kat crush zaman sekolah aku dulu. Time dolu dolu time tengah jatuh kerenggg habis cair semua aiskrim kalau nampak my favorite crush lalu, sambil gelek gelek bola kat kaki. MashaAllah indahnya ciptaan Allah, perfect ! hahaha. 

okay dah syahira, over sangat kau syahira -.-

aku back to the point,

masa scroll tu baca lah komen komen kat situ, dan tiba tiba tengok ada junior aku kat Shams dulu komen. Aku macam hairan sikit, sebab diorang bukan satu uni pun, and that sisturr yang aku friend tu , aku add dulu sebab dia crush dengan crush aku masa zaman sekolah dulu. Kiranya, tu time aku tak boleh nak move on lagi lagi la tu. Sekarang aku dah bertapak tapak ke hadapan dah. Aku dah tak main crush and whatever they called it. Tapi yang aku hairan, apesal junior aku  ni pun friend dengan dia? 

ah, curiousity really do kill me T.T

then, aku pun stalker satu demi satu.
selai demi selai.
semua social media la aku bukak.

pergh, i feels so like detective today.

and, after a few hours aku bazirkan dengan stalk satu demi satu, then i finally got myself some clues, and sad news for me, i think that junior is my ex-crushed girlfriend and so they looks like ubi kayu manis to each others, commented on others post and yada yada. I sad mengg. I see one of my seniors commented in one of his post, tag my juniors name. And i was like, why you didnt tag my name huh? hahaha. i'm so a failure with my feeling right now.

my heart really remukk to read that T.T tu la syahira, sapa suruh kau stalk rajin sangat .

ah tapi tak kisah sangat, sedih sikit ja. Aku dah move on, a long time ago .
just , his story come out today.
maybe this is the day for me to really leave him and really move on.

sobss.

move on lah sisturrrr.please.

to whoever outta there;
aku tulis ini untuk orang yang pernah kecewa dengan satu perasaan yang naturally dalam hati kita. Aku dah move on, tapi kesan dalam hati entah siapa saja yang tahu. Berbekas yang takkan hilang walau disental dengan apa pun. 

tidaklah dia yang kita nama kan sebagai crush itu wujudnya selalu, tidak. Cumanya, dia hadir bila ada benda yang berkait dengan dia mencuit.

aku menangis jugak dulu time sekolah bila crush aku habis form 5, hahaha. Stupidity idiotic past, really was. 

aku manusia biasa yang tak pernah sempurna. Dan, aku rasa aku banyak belajar dengan perasaan aku sendiri dan pengalaman aku. Aku takdelah pernah bercinta sakan bagai nak rak, tapi pernahlah aku jatuh hati pada satu makhluk versus yang sangat sempurna pada mata aku. 

sampai saat ni, bercerita pasal dia pun boleh buat aku tersenyum. Manisnya kenangan. hahaha.

tapi, disebabkan dia juga lah aku dah tak ada hati lagi untuk dikongsi. Bertahun tahun. dari zaman matrikulasi sampailah dah habis kolej. Sampai dah kerja pun, dan sampai dah tukar tempat baru pun, masih sama. Terkunci sudah segala perasaan. 

aku yakin dengan Allah dengan segala aturan Dia.

ada, maka ada lah.

kepada junior aku yang sebelah dorm dengan aku, aku happy kalau kau kekal dengan crush aku. Sebab aku tahu, kau perempuan yang baik-baik, terasa kerdil aku dengan kau. Moga kau lupa aku, so aku takkan dapat kad kahwin kau , and jangan jemput aku kat fb jugak. T.T

ah sad me talking right now, hahaha. 

tapi apa nak hairan, one side love is painful whatt- so bukan perkara luar biasa la tu.
dulu,aku nak confess tak ada kekuatan, cuma mampu berdoa yang baik baik sahaja.

and yet, until now aku minta yang baik baik saja untuk dia

ah cliche nya, ala ala cerita ayat ayat cinta ke apa ni? hahaha

syahira,
be happy in your own ways.
it's okay to have someone in your heart,
but still,
kemon lah syahira, baik tak payah ada dari ada.

kan?

and, aku seriously sounds like orang tengah putus chentaa hahaha. 
berat nanang lahai.

okaylah, selamat malam.
mimpi gula gula (:

I hold on tight to the smile you carved
Keep it safe in my heart
So I will not be left in despair
I played your voice in my head repeatedly
Your yell, your laughter, even your sigh
So there will be no reason to forget you
I framed every single picture of yours
Put them side by side, near the bed
Making me feel like you’re watching me
But there’s one thing I can never have
And that’s you
You left me with every little thing to remember you
But you never let me have you.  
credits: Afiq Shahril (:





Monday, January 11, 2016

duanya

dekat ed, ada student posting. Peliknya perasaan bila dah kerja. Rasa macam aku dulu baru je jejak kaki jadi student-

tapi, hari first diorang semua dah takut aku. Taktau apa salah aku.

Aku shift malam, jadinya tak jumpa lah diorang lagi, tapi aku tahu lah ada student sebab incharge dah bagitahu semua. 

and tadi , awal pagi pukul 6 lebih ada satu kes red zone masuk. Aku ketua shift and masa tu kebetulan takde doktor. Aku pun dengan beberapa orang lagi MA lain try la manage dulu sementara boss datang.

dah pukul 7. Patient tu dah GCS E2V2M1. Vicrat intubate first attempt terus masuk,cemburu buta sekejap aku dengan Vicrato. 

ah mengantukknya T.T 
tapi nak tulis jugak, sebab nanti aku lupa.

lepastu ada la student datang mintak nak tolong bagging bvm. Aku kasi la dia buat, pastu aku pun sambung insert ryles tube, tetiba budak tu terlepas tertanggal lah bvm tu dari ETT. 

aku pun cakap" tu, tercabut tu"

dia gelabah tarik semua tapi tak boleh masuk. Aku pun tarik tolong masukkan.

dan , rupanya tindakan aku tu ada yang perhati.

lepastu, dah habis semua aku tengah nak tutup report syif malam datang la sorang MA cakap "syira, kenapa garang sangat? Takut budak budak tu"

aku blurr sekejap. Apa yang garangnya? Aku tak marah pun, siap tolong pasangkan lagi. 

"heartless sangat. Muka tak ada perasaan. Student tu berbisik ja cakap kau garang. Aku duduk belakang diorang tadi, dengar diorang cakap pasal kau"

tergaru garu kepala aku tadi. Garang sangat ke? 

aku rasa, aku ni manusia yang tak reti nak bergaul kalau tak kenal orang. Tu ja. Tapi kalau dah baik dengan orang, aku dah percaya dengan orang, barulah aku reti nak bergurau nak bercerita segala bagai.

teringat encik syahmi pulak tetiba . 
orang yang aku ingat garang gila, tapi bila dah kenal rupanya encik syahmi manusia yang sangatlah baik sampai aku rasa sangat bersyukur kenal dia, isteri dia dan anak-anak dia. 

sama macam ciklan, kaksheila sekeluarga. Orang yang banyak bagi support. 

orang baik baik, siapa ja tak sayang kan? (:
haila, rindu sudah.

kesimpulannya apa aku nak sampaikan , aku ni rupanya garang jugak kalau tak senyum. Ingatkan sombong ja aku ni, rupanya garang jugak. wohaaaa!lepas ni aku boleh takutkan orang dengan cara buat muka tegas, ehem boleh tidur dengan nyenyak sampai zohor :D 

aaaapaaaa aku merapu-.-








#nowplaying westlife;swear it again


the more i know of you
is the more i know i love you

and the more that i'm sure i want you forever and ever more

and the more that you love me the more that i know

that i'm never let you go


selamat tido syahira !



Friday, January 08, 2016

pertamanya

assalamualaikum syahira-

lamanya kau tak singgah di ruang ini,
ruang yang di dalamnya berisi luahan sepi,
yang alunannya tanpa suara,
yang tak pernah didengar manusia
coretan dia punya pelbagai sabdu
yang selalu membuatkan seorang syahira menjadi perindu.

2016 tiba, sedang aku belum bersedia meninggalkan 2015
tahun yang penuh sejarah buat aku. Tahun yang mengoyak zahirnya aku. Terasa penat menghela nafas, yang sekejap dalam dan sekejap cetek. Hingga di penghujung hari terasa sesaknya dada.


tempat baru- orang baru- jiwa baru-

aku entahlah mahu jadi apa. Ada sahaja yang tak kena pada mata aku.

zahirnya aku ini serba tak sempurna, tapi kenapa perasaan aku sentiasa mahukan yang serba sempurna? ah sedih sungguh, 

di tempat kerja baru, aku semakin benci dengan kerjaya aku. Aku tak tahu kenapa hati aku sangat tak redha. Hari-hari aku pergi kerja jiwa aku kosong. Hari-hari aku buat kerja hati aku semakin meronta mahu berhenti- mahu give up.

aku cuba naikkan semangat aku. Aku baca kawan kawan aku punya post, betapa diorang masing masing berbangga dan bersyukur. Dan aku cuba redha, namun esoknya pasti hati aku memberontak.

aku terlalu rindukan rumah barangkali. Sungguh rindu. Pernah satu kali aku pergi office semata mata nak mintak borang pindah. Sehinggalah, aku teringat kembali kenapa aku pilih untuk mintak berjauhan dari family at the first place. 

aku punya matlamat aku,
tapi aku tak sekental aku yang dahulu.

aku tak kental.
dengan situasi yang mencengkam.
dengan perasaan yang tak tenteram.
sungguh aku tak kental.

aku cuba jatuh cinta dengan kerjaya aku.
banyak kali sehingga sudah tak mampu aku kira.

aku cuba belajar bersyukur.
sungguh aku Allah pilih-

tapi kenapa aku masih tak tenteram?
banyak sangatkah dosa yang gelapkan hati aku?
banyak sangatkah dosa aku sehingga merampas setiap syukur yang ada dalam hati?

syahira!
aku kenapa? aku kenapa? aku kenapa?!

aku sangat berharap, tempat baru akan berikan aku semangat baru. Dan, ianya hanya wujud pada hari pertama aku kerja.

hari seterusnya, aku lah bangkai bernyawa. Yang bekerja sekadar menghabiskan waktu syif. Pagi dan petang, petang dan malam- 

Allah, aku hilang semangat pada diri aku. 
aku suara yang tidak terdaya-
selalu terbatas oleh waktu.

sungguh,
akulah muzik tanpa nada.
yang tenggelam dengan hembus angin.

aku mahu berubah! 
aku mahu berubah!

aku benci tangisan aku yang selalu menjadi sia-sia.
benci.