Monday, January 11, 2016

duanya

dekat ed, ada student posting. Peliknya perasaan bila dah kerja. Rasa macam aku dulu baru je jejak kaki jadi student-

tapi, hari first diorang semua dah takut aku. Taktau apa salah aku.

Aku shift malam, jadinya tak jumpa lah diorang lagi, tapi aku tahu lah ada student sebab incharge dah bagitahu semua. 

and tadi , awal pagi pukul 6 lebih ada satu kes red zone masuk. Aku ketua shift and masa tu kebetulan takde doktor. Aku pun dengan beberapa orang lagi MA lain try la manage dulu sementara boss datang.

dah pukul 7. Patient tu dah GCS E2V2M1. Vicrat intubate first attempt terus masuk,cemburu buta sekejap aku dengan Vicrato. 

ah mengantukknya T.T 
tapi nak tulis jugak, sebab nanti aku lupa.

lepastu ada la student datang mintak nak tolong bagging bvm. Aku kasi la dia buat, pastu aku pun sambung insert ryles tube, tetiba budak tu terlepas tertanggal lah bvm tu dari ETT. 

aku pun cakap" tu, tercabut tu"

dia gelabah tarik semua tapi tak boleh masuk. Aku pun tarik tolong masukkan.

dan , rupanya tindakan aku tu ada yang perhati.

lepastu, dah habis semua aku tengah nak tutup report syif malam datang la sorang MA cakap "syira, kenapa garang sangat? Takut budak budak tu"

aku blurr sekejap. Apa yang garangnya? Aku tak marah pun, siap tolong pasangkan lagi. 

"heartless sangat. Muka tak ada perasaan. Student tu berbisik ja cakap kau garang. Aku duduk belakang diorang tadi, dengar diorang cakap pasal kau"

tergaru garu kepala aku tadi. Garang sangat ke? 

aku rasa, aku ni manusia yang tak reti nak bergaul kalau tak kenal orang. Tu ja. Tapi kalau dah baik dengan orang, aku dah percaya dengan orang, barulah aku reti nak bergurau nak bercerita segala bagai.

teringat encik syahmi pulak tetiba . 
orang yang aku ingat garang gila, tapi bila dah kenal rupanya encik syahmi manusia yang sangatlah baik sampai aku rasa sangat bersyukur kenal dia, isteri dia dan anak-anak dia. 

sama macam ciklan, kaksheila sekeluarga. Orang yang banyak bagi support. 

orang baik baik, siapa ja tak sayang kan? (:
haila, rindu sudah.

kesimpulannya apa aku nak sampaikan , aku ni rupanya garang jugak kalau tak senyum. Ingatkan sombong ja aku ni, rupanya garang jugak. wohaaaa!lepas ni aku boleh takutkan orang dengan cara buat muka tegas, ehem boleh tidur dengan nyenyak sampai zohor :D 

aaaapaaaa aku merapu-.-








#nowplaying westlife;swear it again


the more i know of you
is the more i know i love you

and the more that i'm sure i want you forever and ever more

and the more that you love me the more that i know

that i'm never let you go


selamat tido syahira !



No comments:

Post a Comment