Friday, January 08, 2016

pertamanya

assalamualaikum syahira-

lamanya kau tak singgah di ruang ini,
ruang yang di dalamnya berisi luahan sepi,
yang alunannya tanpa suara,
yang tak pernah didengar manusia
coretan dia punya pelbagai sabdu
yang selalu membuatkan seorang syahira menjadi perindu.

2016 tiba, sedang aku belum bersedia meninggalkan 2015
tahun yang penuh sejarah buat aku. Tahun yang mengoyak zahirnya aku. Terasa penat menghela nafas, yang sekejap dalam dan sekejap cetek. Hingga di penghujung hari terasa sesaknya dada.


tempat baru- orang baru- jiwa baru-

aku entahlah mahu jadi apa. Ada sahaja yang tak kena pada mata aku.

zahirnya aku ini serba tak sempurna, tapi kenapa perasaan aku sentiasa mahukan yang serba sempurna? ah sedih sungguh, 

di tempat kerja baru, aku semakin benci dengan kerjaya aku. Aku tak tahu kenapa hati aku sangat tak redha. Hari-hari aku pergi kerja jiwa aku kosong. Hari-hari aku buat kerja hati aku semakin meronta mahu berhenti- mahu give up.

aku cuba naikkan semangat aku. Aku baca kawan kawan aku punya post, betapa diorang masing masing berbangga dan bersyukur. Dan aku cuba redha, namun esoknya pasti hati aku memberontak.

aku terlalu rindukan rumah barangkali. Sungguh rindu. Pernah satu kali aku pergi office semata mata nak mintak borang pindah. Sehinggalah, aku teringat kembali kenapa aku pilih untuk mintak berjauhan dari family at the first place. 

aku punya matlamat aku,
tapi aku tak sekental aku yang dahulu.

aku tak kental.
dengan situasi yang mencengkam.
dengan perasaan yang tak tenteram.
sungguh aku tak kental.

aku cuba jatuh cinta dengan kerjaya aku.
banyak kali sehingga sudah tak mampu aku kira.

aku cuba belajar bersyukur.
sungguh aku Allah pilih-

tapi kenapa aku masih tak tenteram?
banyak sangatkah dosa yang gelapkan hati aku?
banyak sangatkah dosa aku sehingga merampas setiap syukur yang ada dalam hati?

syahira!
aku kenapa? aku kenapa? aku kenapa?!

aku sangat berharap, tempat baru akan berikan aku semangat baru. Dan, ianya hanya wujud pada hari pertama aku kerja.

hari seterusnya, aku lah bangkai bernyawa. Yang bekerja sekadar menghabiskan waktu syif. Pagi dan petang, petang dan malam- 

Allah, aku hilang semangat pada diri aku. 
aku suara yang tidak terdaya-
selalu terbatas oleh waktu.

sungguh,
akulah muzik tanpa nada.
yang tenggelam dengan hembus angin.

aku mahu berubah! 
aku mahu berubah!

aku benci tangisan aku yang selalu menjadi sia-sia.
benci.



No comments:

Post a Comment