Sunday, January 24, 2016

politikus

hidup ini semakin jauh kita teroka, semakin banyak perkara yang tak pernah kita jangka akan jadi. Aku bercakap bukan kerna aku serba tahu, tapi cuma dari perspektif mata kasar aku.

aku bukanlah bercita cita mahu jadi politikus or whatever you named it
cumanya , aku jadi tak puas hati bila orang orang sekeliling aku rosak disebabkan adanya orang orang politik yang terlalu membabibutakan mata sendiri kerana rakus mahu menelan wang dan pangkat.

sudah nyata judi piano( yang main tekan tekan ) tu sudah sah sebagai judi, maka mana tindakan orang-orang atasan untuk hentikan semua mungkar tu?

haritu berborak tentang dadah dan judi, yang sudah nyata merosakkan masyarakat. Tapi, pengakhiran dari perbualan tu hanya dengan menguis nasi lemak wak kentut.

tiada jawapan.

soalan aku dibiar tanpa jawapan. Bukan sebab tiada yang memberi jawapan, tapi kerana jawapannya seolah memberi aku semakin banyak tanda tanya.

"dah kalau dah tahu dia ambil dadah, kenapa tak report ja kan senang"
"syira kau jangan fikir straight macam tu, kau fikir bila kita report dah nyata dia nanti kena buang kerja, dia ada anak bini, siapa nak tanggung?"
"tapi, tetap kena stop. Dari mana dia dapat dadah tu, kenapa dia boleh dapat senang macam tu. Mesti ada sumber. "
"kau tahu tak, harini polis tangkap penjual dadah, esok dua kali ganda lagi dadah tu diproses. Dan orang yang kena tangkap tu terlepas dengan alasan tiada bukti kukuh. Kau percaya tak benda ni semua boleh jadi?

" kalau dah tahu situ pusat judi kenapa tak ada pun tindakan nak tutup? report lah nanti polis serbu kedai tu"
"kau tengok genting highland, situ dah terang terang pusat judi, tapi apa kerajaan kita buat? ada dia pergi serbu? tak ada kan"

"duit syahira duit. Kau ingat orang jual dadah tu makan sorang sorang ke? orang yang buka pusat judi tu kaya sorang sorang ke? takkkkk. Orang atas yang tukang tutup dia tu pun makan sekali"

hakikat syahira, benda macam tu memang ada.

aku terdiam. Sungguhlah tak ada jawapan. Sungguh. 

aku pandang salam, farhan, rahimah dan mimi. 
semua diam.

paan dan salam dengan rokoknya.
mimi dan rahimah menghabiskan butir nasi terakhir di pinggan.

dan aku, merenung ke arah tagline nasi lemak wak kentut sambil berfikir, kenapa wak kentut? 

sampai bila pun tak akan habis. 
fade up aku dengan malaysia, sungguhlah lepas ni aku taknak undi kerajaan lagi.

2 comments: