Monday, February 08, 2016

perempuan dan cemburu

dari awal aku mula mula kerja, aku tak ramai kawan perempuan. Boleh dibilang dengan jari. Kalau ada pun, itu lah kawan serumah. Aku tak reti nak berkawan, tak pandai nak bergurau, tak tahu nak usik mengusik orang lain, melainkan bila aku dah kenal dia dan dia selalu usik usik kacau kacau aku dan bila aku dah selesa dengan dia baru lah aku boleh bergelak sakan tak ingat dunia. Gitu.

dan, hidup dikelilingi geng martin dan justin macam ni sungguh la tak tenang. Bukan sebab mereka yang buat aku tak tenang, tapi the boundaries between us. Itu yang menjadi sebab kenapa seorang isteri boleh cemburu dengan seorang suami, walhal aku ini langsung tak pernah terlintas suka or whatsoever kat dia punya laki.

begini, kalau keluar makan memang akan keluar ramai ramai. Dan, carpool tu perkara biasa. Satu kereta naik pat lima orang, selalu lepas habis kerja ja mesti ada yang ajak makan berjemaah. Pernah satu kali, aku tertinggal wifi dalam kereta yang aku tumpang. Bukan sebab aku sengaja, tapi tercicir. Kawan aku tu bawak kereta macam apa ja, tercampak aku kat seat belakang tu, Nak ditakdirkan Allah, wifi aku tercicir dan aku tak perasan. Sungguh aku tak ada niat nak mengorat laki orang ke hapaaaa, ramai lagi kawan kawan aku yang naik satu kereta dengan aku time tu.

sungguhla aku tak tipu. T.T

dulu, masa kat tempat kerja lama, aku pernah kena maki kena hamun dengan girlfriend seorang lelaki teman sekerja aku. Teruk aku kena, perempuan tak guna, minah gatal, tak padan dengan tudung labuh dan macam macam lagi lah. Puncanya, sebab boyfriend dia save no aku dalam phone satu lagi, yang girfriend dia tak tahu pun kewujudan phone tu. Aku bercakap dengan lelaki tu selalunya kat tempat kerja tak ada langsung perasaan lain yang wujud. Aku penat, sampai sekarang aku kena makian orang tak puas hati dengan aku. Message aku bukan bukan dekat facebook, bila aku tak reply marah marah.

one day,if i get married to someone i will testify myself to not being jealous. Jealousy can kill you and your age. 

tapi, tengoklah dulu macam mana, kalau aku cemburu pun paling paling tidak aku spray ridsect ja kat muka laki aku, biar laki aku suffer dulu baru orang ketiga,tu pun kalau betul betul wujudlah. hahaha. 

subhanallah, leganya rasa perasaan dapat tulis. Hahaha. Okay dah, aku berdoa, moga Allah jaga hubungan kalian suami isteri, dunia sampai syurga. (: 

dan moga, aku dijauhkan dari fitnah. amin-

No comments:

Post a Comment