Monday, April 04, 2016

tumbuk tiang

hectic night shift-with not enough staffs and too much annoying patient. Allahu, i'd lost my patience at the very least of time.

Allah.

hanya sebab seorang kawan aku tarik aku punya tali jacket sampai putus. And, i did throw a tantrum over that very smallest-tiny things! Allahu syahira!

benda besar engkau boleh sabar, tahan segala amarah. Takkan kau kalah dengan those simplest thing. Like seriously.

dia tarik tarik jacket aku.
aku cakap jangan.
dan aku bangun, dia tarik lagi.
dan terus putus.

aku pandang dia.
dia cakap dia tarik perlahan ja. Takkan boleh putus.

dan, aku cakap.
Tak suka lah macam ni!
suara mencanak satu oktah-

dan aku pergi, tinggalkan dia.
terkilan dengan dia.
ini jacket favourite aku.
sampai hati dia.

lepastu, aku lari belakang.

Aku geram. Orang suka buat aku macam tu macam ni. Sebab aku tak cakap kalau aku marah, jadi bila aku marah orang gelak, orang ambil mudah.

tapi sekarang, aku rasa bodoh. Bodoh yang amat. Aku dah calarkan perasaan kawan aku sendiri sebab benda simple macam tu.

Allah boleh ampunkan aku untuk segala dosa aku siang dan malam- tapi kenapa aku tak boleh hadam dan maafkan orang lain untuk benda semudah dan sekecil tu.

hebat sangat kah aku sampaikan begitu besar kepala sesama manusia?
walhal mati nanti, sama juga aku dan dia-tanah jua tempat aku.

Allah, sakit kepala aku layan geram sendiri.

kawan, maafkan aku kerana terlalu beremosi-dan cengeng sekali.


Tadi, masa tengah geram aku lari belakang. Tumbuk tiang yang tak berdosa. Sakit buku lima kanan aku. Menyesal tumbuk betul betul, nak acah acah ja tadi. Kekonon superman la aku ni, ceh pengaruh movie sungguhlah -.-