Friday, May 13, 2016

Meraban

Aku semakin penat dengan apa yang aku lalui saban waktu. Tiada rasa dalam setiap tingkah. Tidak bersemangat. Longlai.

Saban hari, pergi kerja adalah semata mata kerana tuntutan kerja. Tiada hati yang aku serah pada kerjaya aku. Pulang saja ke rumah,baru aku menyesal. Menyesal kerana sia sia kan satu hari yang sepatutnya menjadi ladang pahala buat aku. Menyesal kerana sia siakan satu ibadah kepada Tuhan.

Apa lagi yang aku mahu?
Setelah apa yang Tuhan hidangkan buat aku?
Apa aku masih lagi buta tuli dan bisu?
Seperti firman Tuhan di dalam albaqarah itu?

Allah,tidak mahu aku menjadi hamba yang tidak Engkau redha.

Silap aku.
Tidak seiringkan kerja dengan iman.
Maka pulanglah aku dengan penat.
Sedang pahala belum tentu dapat.

Aku terkadang berfikir, aku mesti buat sesuatu untuk ubah sisi pandang aku pada kerjaya aku.
Aku cuba pernah tolong semua orang , tapi akhirnya aku yang makan hati. Ada ke patut aku kena hantar kes wad ke JB. Padahal tu kes wad, staff nurse la pergi
 Suka hati sister tu ja nak arah arah aku. Aku tak berani bersuara, dan aku sangat harap akan ada yang bangkit bersuara. Tapi ternyata, ada benarnya kata orang tua tua. Berhati hati memasang perangkap tikus, nanti ular yang datang menyinggah
 Aku pun tak tahu ni peribahasa mana aku kebas, aku main bantai ja sebab aku dah tak ada idea. Tapi memang aku marah betul lah time tu. Memang tak logik MA pergi kes intubate kat wad. Apa guna staff nurse reramai kalau nak suruh orang ed jugak pergi. Aa nyampahlaaa aku. Aku selalu kena buli! Tunggu la sikit lagi, aku beli biskut aku makan sorang sorang tak ajak orang ! --"

Kadang kadang aku nyampah dengan diri aku sendiri, entah apa apa ja . Dahla malas la cakap lagi dengan kau syahira. Kau tidurlah wei.

No comments:

Post a Comment