Wednesday, July 27, 2016

sejengkal-

sudah lama tidak merasa manisnya penat.
sudah lama tidak tersentuh pada indahnya syukur.

terkadang duduk sorang sorang, bila penat bekerja- terasa betapa beruntungnya aku masih hidup dan bernafas. Padahal, adakala detik dan saat aku lupa pada Tuhan yang Maha Mencipta.

semakin bertambah tua ni,perasaan semakin sensitif. 
dah memang sensitif, berganda ganda lagi sensitif.

tapi, sudah semakin kental. Tak lagi menangis entah apa apa. Sekarang, orang cakap maki hamun ke apa benda semua, aku sudah pandai pekakkan telinga. Kadang aku balas sepatah dua kata. Tapi itulah, aku dikatakan berubah pula.

ahh manusia.
dulu, kau juga yang minta aku kental.
sekarang, aku dikatakan berubah.

dulu, kau minta aku buka segenap hati dan perasaan.
kau minta aku jadi orang yang memberi sepenuh jiwa pada apa yang ada.
dan kini,
bila aku begini aku ditanya.
di mana aku yang dahulu.

kosong.
sungguh aku kosong.
ibarat sifar yang tiada bulatnya.

setiap kali merasa kosong, aku sudah jumpa apa yang aku mahu.
Tadabbur pada ayat ayat Allah-
seolah merasa indahnya nikmat Islam sedang aku hamba yang sering leka.

hari ini.
surah At-Takwir aku selak.
jantung laju seolah berlari.

surah yang bercerita hakikat Kiamat-sesuatu yang wajib kita imani. 
seram sejuk diri ini. Teringat dosa dosa. Sempat ke aku bertaubat? bagaimana akhir hidup aku?

ayat 1 hingga 14, Allah cerita bagaimana dasyatnya kiamat.
hingga tak tergambar kemusnahan.

ayat 1, mula mula ayat tu Allah dah sebut apabila matahari digulung-

matahari yang Maha panas Allah gulung? macamana tu? kalau Merapi meletus pun kampung sekitar tu habis hamcur, ni kan pula matahari Allah gulung!

Allah, tak tergambar dasyatnya!

lalu, aku jadi enggan fikirkan segala masalah.
seketika, perasaan benci dalam diri lesap.
yang bersisa hanyalah takut.

dan sungguh, yang paling aku takuti adalah diri aku sendiri.
takut satu masa , aku sendiri yang berpaling.

naudzubillah!
moga mati kita,
dalam husnul khotimah.

sebaik baik kematian.amin





Saturday, July 09, 2016

telefon tangan-

Phone aku terjatuh dalam toilet. 

Walaupun aku berjaya menyelamatkan handphone yang penuh kenangan itu dari lemas, aku tetap tidak berjaya membawa dia kembali hidup.

 Dan bermulalah aku hidup tanpa media social. 
Aku bangun sahur tanpa alarm.
Lepas sahur aku tak tidur, takut terlepas subuh dan kerja.
Dan aku berjaya menahan nafsu dari perkara yang sia-sia.

Tanpa handphone, banyak masa aku dihabiskan dengan alquran.
Tanpa handphone, waktu tidur aku menjadi awal, maka aku bangun sahur dengan bersemangat dan badan segar untuk bersujud kembali kepada Tuhan.

Sungguhlah, sebiji handphone itu menjadi racun kepada hati. Niat aku untuk mengumpul duit membeli iphone entah mahu diteruskan atau tidak.

dan kemudian, aku balik kampung, aku mengadu pada abang kesayangan aku. Sahur pagi itu, tiba tiba dia hulurkan kembali phone aku. 

aku termangu. Eh, phone aku dah sembuh! flawless. Macam tak pernah jatuh dalam lubang toilet lagaknya.

maka, aku kembali lagha.

sebelum tidur, scroll dulu instagram. tengok kedai kedai tudung lah. baju lah, instagram orang tu, orang ni. Tidur lambat. . Nasiblah duduk kampung, mak ada untuk kejutkan sahur. 

teruk.

lalu, di sepuluh akhir ramadhan, aku lupakan handphone. Cuba mengehadkan diri dari memegang handphone.

aku mahu kejar ganjaran dari Tuhan. Bukan selalu. Setahun cuma sekali.

alhamdulillah, aku lepas dari nafsu walaupun ada masanya aku gagal jua

aidilfitri menjelma. perangai lama kembali. 

dan entah macammana, firrah dina anak saudara aku campakkan handphone aku dalam air sirap.

rosak lagi sekali..

abang aku tak lagi dapat selamatkan phone aku.

kata abang, kena repair kedai ni, baik beli baru.

farewell to my pretty dongyi-handphone kesayangan. Susah senang aku ppw dia lah yang selalu ada, menjadi tempat aku melepaskan rasa serabut dan hiruk pikuk alam.

lahai. 

semoga menjadi pengajaran untuk aku, untuk tidak lagha dengan handphone lagi.

toilet sudah sirap pun sudah.
maka yang tinggal hanyalah seruan bertaubatlah.

jangan sampai dunia pegang hati engkau.
itu baru handphone yang Allah ambik, kalau Allah ambik nyawa? 

cemana syahira?
dah ready ke kau?

gulp!

selamat berehat dongyi.-

jika suatu hari engkau ada pengganti, akan aku cuba untuk mensolehahkan engkau. Menjadi handphone yang solehah, yang menjaga adab dan batas bersosial.

moga moga.

#pray4syahira