Wednesday, August 10, 2016

diam-

bila diam menjadi jawapan-

aku sedang berusaha, bermujahadah untuk menjadi makhluk yang taat. Tapi, aku dapat merasakan jauh di sudut nubari, aku bukan lagi seorang syahira seperti suatu masa dahulu.

kadang aku cuba sedapkan hati.
"oh tak apa. Mungkin itu revolusi dakwah ke atas aku"

tapi hakikatnya, akal aku sedang merencana sesuatu.
sesuatu yang hati aku sendiri tidak memahami-
gagal menurut rentak.

kira aku, bila aku bersuara meluahkan apa yang terbuku, aku akan bebas dari cengkaman dendam dan pendam. Tapi aku silap. Bila aku bersuara, banyak hati yang tersakit.

suara aku perlahan, tapi tajam menikam.

"syahira itu, jangan main-main. Nampak saja senyap tu, kalau dia membalas huhh~~~"muka cemik

begitulah ayat manusia.
tidak pasti cemuhan atau pujian.

anyhow, i take that as a compliment.

langkahan aku makin jauh.
makin cuba mempositifkan diri, makin banyak negativiti terlahir.
hailaa syahira.

bagaimana lagi harus aku betulkan.

manusia sudah mula takut akan aku. Dan aku pasti, takut mereka kerana bimbang aku membalas. Bukan kerana sayang mahupun hormat.

aku begitu mahu disayang.
seperti anak yang disayang ibu-

apa harus aku ubah lagi?

aku terlalu semborono mungkin. Bersuara harus berfikir.

ingat syahira.

being quiet doesnt indicate that you are stupid; being articulate doesnt show that you are bright; someone who is intelligent only speaks whenever is needed. Keeping quiet is far better than a dim-witted who talks all the time-HAMKA

keeping quiet is far better-
far better-
better-

cuba jadi makhluk, yang apabila berkata kata dia menjadi peringatan kepada orang lain untuk mengingati Allah-

because a mukmin when talking is zikr; and when keeping quiet is fikr- Aiman azlan.


try syahira.
train yourself to talk less.
less talk-think more.

tidak apalah. Silap dahulu jadikan pengajaran. 
semoga,
sentiasa menjadi seorang syahira yang lebih baik.
seperti yang dicita-citakan.
mujahadah demi Tuhan.

semoga seindah Haura' 

amin
amin ya Allah-


1 comment:

  1. dgn berdiam,sabar dan tersenyum aku bertahan hingga kini. namun kadang kala ada terdetik nk pijak muka bos

    ReplyDelete