Saturday, August 13, 2016

kotak lama

jam sebelah empat puluh tujuh minit malam. Baru selesai menyusun kembali buku-buku , ada yang sudah berhabuk- lama terbiar barangkali merajuk.

Membuka kotak-kotak lama yang aku angkut ke mana sahaja aku berhijrah. Dari zaman sekolah menengah, matrikulasi, kolej, ppw, hingga sekarang sudah bermastautin aku di johor. Kotak itu masih setia. 

isinya aku godeh satu persatu
banyak surat yang aku tulis tidak pernah sampai ke tangan tuan nya. Aku buka diari lama. Banyak kali aku selak helaian demi helaian.

ahh, kenangan. Mengusik sungguh. 

kotak lama, yang menyimpan seribu kisah. Yang setia menjadi peti besi aku menyimpan segala kenangan-

tergerak aku membuka sepucuk surat. Tulisan kemas menghiasi dadanya. Terbayang aku si penulisnya, seorang sahabat yang sangat teliti orangnya. Luahan perasaannya tentang aku yang berubah, tentang aku yang tidak pedulikan perasaannya. Juga tentang aku yang mementingkan diri.

aku kira, aku memang berubah. Semua benda yang terjadi dalam hidup, betul mematangkan aku. Walaupun tidaklah sematang mana, tapi aku dapat rasa kini aku sudah boleh tolerate dengan emosi bila berbicara. *tapi terkadang tewas juga*

tapi, kata orang manusia itu sendiri sifatnya berubah. Tidak tetap dan tidak sekata. Seperti mana kitaran hidup, ada atas dan ada bawahnya. Jadi, berapa kalipun kau berubah - mahu ke kiri atau ke kanan, mahu tunggang mahu terbalik- letak sahaja Allah sebagai pemacu arah dan niat, inshaAllah kau takkan lari jauh jauh.

ah rindunya pada sahabat yang selalu sadokan aku di jalan dakwah.
yang selalu ingatkan aku bila tersilap langkah.

sekarang,tercampak di daerah sini.
cuma mampu merangkak kembali tiap kali jatuh. 
bertatih menjadi kuat.
dari hari ke hari.

semoga seorang syahira tidak penat
apatah lagi putus asa.

seperti haura' yang selalu didamba-
sang bidadari yang setia.

amin-

sudah jam duabelas empat puluh lapan minit pagi. Dan esok double shift lagi.
semoga, hari esok lebih baik dari hari ini.

bahagia itu pilihan syahira. Semoga tenang dan lapang. Allah ada (:



it is hard to stop loving the ocean,even after it has left you gasping-sarah K.

No comments:

Post a Comment