Tuesday, August 30, 2016

satu ke sepuluh

10 things i love the most these days:

1-mimi asmida
2-sudoku
3-air sirap pandan
4-jaga triage.
5-secret love song , by litle mix ft sapa entah tu tak ingat nama dia
6-perfume enchanteur paris princesse yang harga tak sampai 20 hinggit tu
7-the pojok coffee perisa latte pastu ada letak topping fresh cream. sedappnya
8-pergi kerja pakai tshirt pastu sarung jacket. Selesanya tak payah pakai uniform.
9-doodling !
10-hujan :)

satu. mimi asmida ni teramatlah cool. Dia tak kisah apa orang cakap. Dia buat bodoh ja. Pastu, dia selalu happy. Tak pernah la dia menangis. Tapi kan, dia annoying suka sangat mengusik. Ish, sayanglah mimi wanita perkasa ni.

dua. Sudoku dah masuk level hard. And memang real hard. Berejam fikir nak penuhkan satu kotak tu. Tapi, addicted. Bolehlah time nak lupakan sesuatu yang menyakitkan jiwa dan raga, main sudoku confirm lupa. Sebab stress kepala otak duk fikir nak siapkan sudoku haha.

tiga. Air sirap pandan. Haritu ada minum sekali kat kenduri akikah. Pastu sampai sekarang cari tak jumpa kat mana. Nak buat sendiri sampai sudah tak terbeli daun pandan. 

empat. part paling best time kerja bila tengok assignment kat triage. Sebab takpayah pandang muka doktor, dan tak payah pandang muka staff nurse yang kerja nak menyuruh orang ja. Adik, ecg. Adik set line. Adik vital sign. Ingat aku student agaknya -.- dia buat apa? duduk kat kerusi tak habis habis dengan reportnya.

lima. Secret Love Song. Lagu ni aku dengar dari si fahmi. Pastu dah dengar sekali terus download. Muzik dia best. Sukaa dengar!

enam. haritu pergi guardian, nampak satu kotak warna pink. Cantik. pergi tengok, perfume rupanya. Tryla kan, pastu wangi pulak. Macam manis manis ja bau dia. Tengok kotak dia pun dah jatuh cinta, makanya terus beli. hahaha.

tujuh.TPC tu air kat butik waris iman. Mak aih, sedap betul kopi dia. Melimpah limpah. Dua hari minum pun tak habis. 5 ringgit ja satu. Pastu kalau pergi butik tu boleh makan ikan keli goreng sekali kat kedai no name kat sebelah dia. ahha! 

lapan. sekarang pakai uniform macam rimas. Sebab aircond macam problem. So, kalau kerja malam, takpun double shift, aku balik tukar baju, pakai tshirt sarung jacket , Ehee. Selesa nak buat kerja. Walaupun tahu salah. 

sembilan. doodle! aku rasa aku boleh jual lah karya karya aku ni. Cantik sangat aku tengok. hahaha.

sepuluh. Hujan (: kau tahu kenapa? sebab aku pun tak tahu. Perasaan halus yang aku tak reti nak luah. Allahumma soyyiban nafian.

sekian huraian panjang dari syahira. Gadis kerdil yang sedang cuba ubah mind set untuk jatuh cinta dengan segala benda yang ada depan mata.

semoga, bertambahnya kecintaan, bergandalah rasa syukur. alhamdulillah.

notakaki: selamat hari merdeka malaysia! esok kerja pagi sahaja, ada orang nak bagi aku ot petang tak? hiks. KA kot, 


No comments:

Post a Comment