Thursday, December 08, 2016

Taftheer

Satu masa kau akan tahu, kenapa Tuhan jadikan hati engkau begitu batu dan bisu.

Tidak semua kata kau perlu sebut. Tidak semua rindu kau perlu eja. Tidak semua rasa kau perlu cerita.

Ada pada tiap tiap huruf itu, setiapnya punya suratan yang belum tentu engkau kuat untuk lalu. Makanya, bila engkau tidak digambarkan dengan indahnya perasaan, tahu sahaja bahwa kau belum terlalu kuat untuk itu.

Tentu saja, orang bilang karangan ini tentang cinta. Tapi tidak mustahil, ada yang memahaminya sebagai satu jasad yang sedang mendalami cinta. Fahamilah mengikut versi yang kau mahu.

Tidak semua cinta itu kolot. Dan tidak semua cinta itu hak.

Ada pada sebahagiannya adalah keindahan yang tertajam. Yang bila dilupa terasa sakit, yang bila dilalu terasa bangkit-


No comments:

Post a Comment