Tuesday, January 17, 2017

Bermusim perasaan

Baru sahaja kembali bekerja. Pulang dari terengganu dengan azam mahu berbakti kerana Allah. Membetulkan niat mahu bekerja kerana Allah.

Terus diuji dengan satu perselisihan.

Benarlah, kita akan sentiasa diuji dengan kata-kata kita sendiri.
Dan aku juga tidak terkecuali.

Malam itu, aku sebagai pasukan respons ambulans. Jadi tempat aku sewajarnya adalah di triage sebagai back up disitu. Dan kebetulan, si Ajiq isteri dia admit nak bersalin, jadi di depan tiada yang cover. I just did my job, stay in front and triage the patient. That's all. I did nothing wrong at that time. Dan malam tu shift agak tenang. Cuma satu patient redzone, dan 5 orang patient yellowzone. Kad green zone banyak, tapi itu tidak menjadi isu.

Kemudian, aku bawak seorang pesakit asthma masuk ke dalam untuk nebuliser. Waktu aku masuk, seorang senior aku yang aku namakan sebagai Hang Kipas maklumkan kepada aku yang pesakit di redzone nak intubate(prosedur memasukkan tiub pernafasan ke paru paru untuk bantu pernafasan). Aku angguk, faham. Aku PRA, jadi aku faham maksudnya aku kena get ready untuk bawa pesakit itu ke johor bahru nanti. Dan lagi, waktu itu semua staff yang bertugas di redzone dan yellow zone ada di dalam. Aku adalah sejenis manusia yang annoying, dan aku pemalas duduk kat dalam. Aku sejenis manusia yang tak reti bersembang , nak lagi kalau dengan orang yang aku tak biasa.sebab tu aku kalau nak tolong kat dalam aku tengok siapa yang bertugas kat dalam. Sebab nak elak dari bercakap dengan orang. Aku tak minat beramah mesra dengan orang kat sini. Because i experienced myself how they badmouthed others and spreading gossip. Normal things yang selalu ada di mana mana tempat, gossip and rumours. I hate that.  Teruk kan aku? Sikit sikit nak lari dari masalah. Aku tahu itu.😢 Ah panjang lebar pulak aku lari dari cerita sebenar.

Okay. Sambung.

Kemudian aku balik semula ke triage dan bekerja macam biasa. Beberapa minit berlalu, si Hang Kipas datang dan jerkah aku. Tahu jerkah? Sejenis suara yang ditinggikan oktahnya walhal jarak cuma beberapa siku jauhnya. Aku hati tisu pulak. Sensitif. Ego. Silap orang lah dia marah malam tu. Aku ignored all the words he saying. Aku buat pekak. Aku pandang depan buat tak tahu. Sebab dah pernah kena marah macam tu sekali. Aku dah hadam apa bakal jadi. Antara aku menangis atau dia mengamuk. And, the best thing is aku tak menangis. So the equation goes to dia mengamuk.

Dia jerit nama aku satu jabatan boleh dengar, dia tumbuk kipas dekat sebelah aku sampai patah bilah kipas tak berdosa. Dia sepak terajang batang kipas tu . Dan, kipas tu rosak. Aku? Aku masih membatu. Diam tak berkocak. Menggigil tangan menahan diri dari menangis, menahan amarah dari meletus. Aku rasa aku hebat malam tu. Sebab, aku tak lagi cengeng berdepan dia. Cukuplah sekali dia maki aku, dan aku menangis kalah. Kali ini ego aku setinggi Merbabu. Sabar sudah tipis. Tapi tidaklah aku membalas walau sepatah kata. Dia semakin marah dengan aku yang membisu.

Alasan kenapa aku diherdik sehina itu, hanya kerana dia minta aku tolong dia di zon merah tapi aku tak pergi. Come on, red zone satu patient doktor ada 3 orang staff nurse ada 3 orang nak apa lagi? Nak satu lori orang datang tolong kau ke apa?

Aku keluar rehat. Pergi makan. Balik dari rehat yang cuma setengah jam aku curi masa, sekali lagi aku diherdik keras di tengah tengah yellow zone di hadapan semua doktor dan staff.

"Kau pergi mana hah?"
Aku diam. Tak menjawab tak berkalih. Terus ke zon merah. Pedulikan dia.
Lagi sekali dia menjerit.

Aku berpaling dan menjawab "makan"
Aku pedulikan semua herdikan dia. Dia bising bising aku pekakkan telinga. Malas melayan orang bodoh. (Maaf)Dia marah sebab aku keluar tak bagitahu dia. Aku dah bagitahu senior lain. Dia keluar tak bagitahu sesiapa,  orang lain tak bising. Tak faham aku. Apa yang aku buat semua salahlah di mata dia.

Malam tu jadi. Esok satu hospital dah tahu. Hebat orang sini sebarkan gosip. Cerita yang disampaikan sah sah lah berbeza, dan yang paling aku sedih. Dalam kes itu, yang salah adalah aku sebab tak membantu kat dalam. Okaylah, salah aku tak tolong tapi come on berapa kali nak aku cakap, aku PRA bukan red zone. Bukan yellow zone. Suka hati aku lah nak tolong kau ke tak. Dan kau pulak, minta tolong orang biarlah ada adab. Tak payah jerkah atau maki aku kat depan kaunter triage. Aku manusia biasa whatt. Aku bukan tak ada perasaan. Kalau orang minta tolong elok elok, malas cemana pun aku rasa aku tak pernah menolak. Masa kau minta aku coverkan kau triage sebab bini kau datang hantar anak apa benda tah, aku tolong. Masa kau cakap kau nak keluar pergi makan, minor OT kau aku jaga patient kau aku jahitkan. Aku tak pernah berkira.

Kenapa sampai macam ni?
Maaf. Aku dah jadi orang jahat.
Aku tahu ,part of that was my fault. But i dont think what you are doing towards me is a right thing.

Aku maafkan kau. Aku halalkan semua yang kau buat. Semoga tak tertimpa ke atas engkau apa yang aku rasa.. Aku harap Allah ampunkan aku.

Syahira, jangan give up MA. Kau kena teruskan kerja macam biasa. Allah ada untuk jaga kau, walaupun kau dah jadi budak jahat. Allah ada. Allah ada. Kau boleh berubah setiap hari berdikit dikit jntuk jadi yang lebih baik. Jangan mengeluh dengan dugaan. Adatlah hidup, takkan semua orang nak suka kau. Okay?

Manusia membenci, tapi Allah sentiasa sayang. Dan kasih sayang yang manakah lagi yang kau mahu utamakan?

Aku harap, aku kental dan tidak bersedih hati.
Aku harap, aku tidak purus asa untuk terus berbakti di sini.
Aku harap, aku boleh muliakan orang yang menghina aku.
Aku harap, aku boleh lupakan semua.
Aku harap, aku boleh berlapang dada dan maafkan semua kesilapan orang lain.
Aku harap, satu hari aku akan dimuliakan Allah.
Walau bukan di dunia, semoga di akhirat sana masih aku punya kesemoatan untuk dimuliakan dan dibahagiakan.

Aku mahu berubah. Mahu jadi yang lebih baik. Tidak mahu menyimpan dendam. Tidak mahu melatih hati dengan sifat amarah.

Aku harap, suatu hari nama aku akan dibersihkan dari semua cerita cerita busuk yang menyedihkan aku😭

Syahira kan kuat. Benda kecik ja ni kan?😍

1 comment: