Monday, January 09, 2017

January 9th-

january 9th, 2017-

Tak pernah aku buat status untuk kau.
Apalagi bercerita kisah kau.
Kau rahsia yang aku simpan rapi.
Tak terkhabar-
Tak terheboh-

Kejap dalam hati.
Rapi dalam fikir.

Hari ini, ulangtahun kelahiran engkau. 
Beerti sudah empat kali aku meraikan.
Tidak endah dalam diam
Mahu dalam terang.
Tidaklah pernah aku lupa.

Aku tidak tahu meluahkan bagaimana lagi,
Terlalu luas perasaan ini. 
Terlalu indah untuk dijadi bait kata.
Kau rahsia aku dengan Tuhan.
Utuh dalam dakap.
Tak terlonggar meski waktu menerjah
Aku tahu aku tidak sempurna
Kurangnya terlalu beribu
Hingga terasa jauhnya layak aku berbanding kamu
Namun tidaklah pernah engkau berkata tidak
Pada hadirnya aku siang dan malam
Terima kasih sayang.
Terima kasih kesayangan.

Sudah tidak terwujud lagi sempadan perasaan
Rindu bagai terkoyak waktu
Hingga sesakali terlali aku
Maafkan aku wahai Tuhan pemilik hati.

Kata sudah diluah pada jalan Tuhan
Mahu menanti detik dan saat
Wahai Tuhan Pemilik Hati
Jagailah kami
Agar terang sentiasa tidak bergelap
Agar lurus dalam syariat dan adab
Tenang dalam jaga
Teguh tidak terlena
Sampai nanti tibanya waktu
Engkau merestu dua hati menjadi satu
Lalu nikmat Tuhan yang manakah lagi mahu kamu dustakan?

Tidaklah aku mahu bermain kata
Cukup sekadar mahu engkau tahu
Betapa engkau aku hargai
Wujud engkau sudah cukup membahagiakan
Terima kasih Tuhan-

Aku kira begitu kali rasanya cinta
Enak bila terkenang
Terawangan di danau rindu
Ah sudah barangkali aku sudah sasau
Merindu jasad yang tercipta indah 
Milik Sang Tuhan jua.

Sayang,
Apakah kata kata ini terlampau untuk aku karangkan?
Aku terlupa bagaimana rasa mencoret cinta dari aksara
Yang aku tahu cuma melakar perasaan menjadi pena untuk ditatap insan lain.

Impi aku mahu bertemu putera kayangan
Namun, tidaklah kesampaian.

Impi aku mahu bertemu joongki yang kacak
Namun,juga tidak kesampaian.

Tuhan hadirkan engkau.
Sebagai putera idaman
Biarlah bukan joongki
Mahupun big boss.
Cukup engkau sekadar engkau.
Kacak dengan peribadi.
Luhur dengan ilmi.

Terima kasih Tuhan,
Wujudkan dia di dunia
Dan kemudiannya
Sudi pinjam kan dia pada aku
Moga Engkau lebarkan jalan mudahkan urusan
Aku dan dia untuk bersatu
Dalam akad yang suci
Membina masjid yang Engkau redha
Melahir sunnah dalam seharian
Penyambung qudwah hasanah Rasul dan sahabat.

Amin ya Allah❤️

No comments:

Post a Comment