Monday, January 02, 2017

Pembuka tahun duaributujuhbelas❤️

Assalamualaikum 2017❤️

Syahira, sudah berganjak lagi tahunan ke tahunan yang lain. Lalu, apa khabar masa depanmu? Semoga kau sentiasa pastikan dia sihat dalam jagaan. Soal masa lepas, tiada apa lagi yang boleh diubah. Cuma satu, belajar dari kelemahan. Boleh ke boleh?

2016 adalah tahun aku bergasak dengan kerjaya aku. Tahun yang banyak menyaksikan air mata luruh kerana kerjaya. Tahun yang menjadi mata dan telinga akan luahan hati aku pada bulan dan bintang,betapa aku ingin berganjak dari kerjaya yang satu ini. Setelah berulang ulang kali aku melalui sakit dan patah di dahan yang sama, baru aku jadi tersedar. Bahwa, untuk sembuh tidak perlu pengganti, yang perlu hanyalah sabar dan doa. Setelah sekian waktu, dahan yang dulunya patah kini kembali tumbuh. Walaupun tumbuhnya bukanlah di dahan yang sama, tapi sekurangnya ia tumbuh. Sudah cukup menyembuhkan.

Untuk bahagia tidak perlu aku tukar kerjaya, yang aku perlu cuma tahu, tahu bagaimana untuk menewaskan kekecewaan. Tahu bagaimana untuk meloloskan diri dari perkara yang sering membuat engkau luka. Jika ada manusia yang sering berkata hingga melukakan, tinggal kan dia jauh. Dia tidak sempurna,kau juga sama.  Maka kau jangan menyimpan benci. Nanti bahagia hilang sendiri. Engkau rugi. Cari solusi dalam setiap perkara. Jangan lari. Jika mulut mereka yang membuat engkau sedih, fikirkan kembali. Di mana silap engkau. Mungkin ada silap engkau. Tapi yang ternyata paling mudah, adalah dengan memberi kembali bahagia kepada mereka. Mungkin terasa pahit apabila membalas kejahatan dengan kebaikan, tapi dengan cara itu sahaja kau akan dapat kembali bahagia.

Mahu bercakap dari pengalaman, aku cuma gelandangan dalam kerjaya ini. Dan ternyata tahun 2016 adalah tahun yang menguji cinta dan ikhlas aku dalam bergelar penolong pegawai perubatan. Aku jumpa ikhlas hanya ketika aku bersendiri dan menangisi betapa ruginya aku pulang kenrumah cuma dengan penat dan lelah padahal pekerjaan aku sendiri adalah ladang pahala untuk aku. Alangkah ruginya aku apabila amal yang sepatutnya menjadi jariah aku di alam kubur, di akhirnya menajdi amal yang aku sampahkan di kaki. Alangkah ruginya aku, tak terperi.

Maka,aku mahu menjadi orang orang yang beruntung di sisi Tuhan. Mahu menebar ikhlas ke segenap pelusuk. Mahu menjadi anak anak panah yang papan sasarnya adalah Tuhan. Allahu, bila berniat mahu berbuat baik, pasti nanti ujian datang menimpa.

Syahira, engkau kena sentiasa ingatkan diri. Jangan rebah dengan tangan kosong. Capai ikhlas semahu mungkin, sekurangnya nanti ia akan menjadi asbab engkau bangkit kembali. Ikhlas tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar, tapi engkau akan merasa impaknya dengan bahagia dan tenang. Allah tidak akan sia sia kan hambanya yang sentiasa mahu menggapai akhirat sebagai cita cita tertinggi. Jannah itu tempat letaknya segala keindahan. Dan ikhlas adalah salah satu dari keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata mahupun bait patah kata. Mengerti?

Dan syahira,
Belajarlah mencintai.
Sudahlah dengan berjauh hati.
Hati itu letaknya segala macam isi.
Padatkan sekeping itu dengan cinta.
Tidaklah susah mana.
Kuncinya satu cuma.
Terima kurang dan lebih.
Apa adanya.
Belajar bersyukur dengan segala.
Semoga Tuhan terima.
Seluruh cinta yang sarat di neraca hati.
Dan semoga.
Satu hari engkau temukan.
Apa yang selama ini engkau hilangkan❤️

Syahirawwwrrrrr, roar like a lion okkkayyyyy!
Err maksudnya lion yang dekat merlion park. Sebab lion sebenar macam garang sangat pulak,kah!

No comments:

Post a Comment