Saturday, February 25, 2017

Dua lima february tujuh belas

Dia bilang, mahu datang jumpa sekadar singgah seketika. Aku kira, oh mungkin boleh berbincang tentang hal yang mahu kami realisasikan.

Sepanjang perjalanan, awan menangis lebat yang terlalu. Tujuan kami untuk ke pantai seolah olah mahu sahaja ditangguhkan. Tapi, itu lah hal nya dia tetap bertegas mahu ke sana.

Aku ikutkan jua. Sampai sahaja di sana Alhamdulillah tiada hujan jadi kami bebas ke pantai mencuci mata melihat laut yang membiru,haih beautiful view😭 Aku tengok budak ni seronok betul, siap buat scene nak terbang terbang bagai. Tak beragak dahla kerempeng terbang betul betul baru tahu😆

Sekian lama tak ke pantai, dapat juga hilangkan gusar dalam dada. Aku kira itu sahaja, rupanya ada sesuatu yang tersedia istimewa.

Tiba tiba di bawah sepohon pokok yang redup, penuh dengan belon dan huruf huruf. Terhampar pelbagai makanan di tikar. Dan dari jauh, ada suara yang menyanyikan selamat ulangtahun buat aku. Tidak tahu mahu menyorok di mana, segannya tidak terkata😭

Aku lihat semua tersenyum. Tidak tahu patah kata apa lagi yang mahu aku ucap. Terima kasih Allah, terima kasih sayang sayang semuanya.

Terima kasih sayang untuk segala yang indah.
Kejutan ulangtahun kelahiran yang begitu membuat aku terkejut. Mujur saja tidak mengalir air mata ini terharu. Terima kasih sayang untuk segala yang kau sediakan asbab aku tersenyum hingga ke esok hari.

Belum pun aku ucap terima kasih, satu lagi hadiah berbungkus kau hulurkan. Terima kasih sayang. I dont know how to express my gratitude towards you and all of you guys.

Moga Allah balas segala kebaikan yang kalian hulurkan ini, dengan kebaikan yang tidak punya noktah mati❤️

I love you, and all of you❤️


No comments:

Post a Comment